nuffnang

Isnin, 16 Jun 2014

Tetamu masa cuti sekolah


Haritu abang i datang ke rumah 
adalah melepak dalam 2-3 jam
datang dengan familynya termasuk mbak
Mbak tu makcik kakak ipar i
abang i duduk kat Penang 
tapi dia baru balik dari kl....berkursus katanya
cuti sekolah kan alang2 berkursus dapat bilik free angkutla family sekali
i pun dulu selalu buat macamtu kat opis lama
kat tempat baru tak pernah merasa bermalam di hotel dah

inilah ahli kerluarga i yang pertama datang menziarah di rumah baru
yang lain2 belum lg
depa nak tunggu i buat kenduri katanya
hahaha tunggula sampai hujung tahun
setahun ko duduk baru nak buat kenduri naik rumah merangkap kenduri masuk jawi si teruna tu

abang i ni anak nya dah 4 
produktif sikit
harap ader lagi peluang dapat anak pasal semuanya superhero

 ni anak no. 2 abang ,sebaya ngan didin ,beza pun sehari ajer

yang no. 3 tengah duduk.. no. 4 plak berdiri

yang sulung takder dalam gambar
bersaiz besar sedikit dari no. 2
yang tu betul anak penang pasal dah ghuper anak mami kulitnya

bestnya masa nak balik 
si no. 2 dan adik2nya pakat bersalam sebelum balik
baguskan budak2nya tanpa disuruh terus buat
tapi yang i tak tahan.. dengan kucing2 disalam
"Ne..kami nak balik..mai salam."
eh..tak tipu memang salam betul pun
muka blur si Ne masatu..


Tiada ulasan :