nuffnang

Selasa, 30 Disember 2014

Di Ambang Tahun baru 2015


Tinggal sehari lagi 2014 melabuh tirai
2015 bakal menjelma

Tahun yang penuh suka duka
2014 segalanya ada

Sepertimana masalah negara
kerajaan kecil (teratak kecil milik kami )juga penuh gelora
setelah memiliki rumah sendiri
berhempas pulas menstabilkan ekonomi
pasang surut tenggelam timbul
semuanya ada

tahun 2015 adalah harapan kami memulihkan ekonomi kerajaan kecil
walaupun di akhir 2014 ni telah ada berita mengatakan ekonomi negara merudum
yang itu negara.. yang pasti kerajaan kecil akan pulih ..InsyaAllah dengan izin-Nya
disambung pula dengan momokan kisah GST..pastinya kerajaan kecil kami terlibat juga

Apapun kisah 2015 
yang pasti sejarah 2014 jadi ingatan selamanya
segala musibah berlaku ada hikmahnya


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015

MISI TKMK AKAN BETERUSAN

Jumaat, 26 Disember 2014

Tahniah anak saudaraku


biarpun anak saudara sebelah arjuna
daku tumpang gembira
bila anak dara adik ipar dapat memasuki sekolah asrama penuh
dapat pula sek. agama
tapi ibunya susah hati
jauh untuk dilawat
tapi daku kata usah berduka
ada kami yg dekat..
rezekinya sekurang2 kami dekat dengan sekolah yang bakal anaknya belajar
15 minit je dari kediaman kami
cuba dihantar ke grik.. belah utara iaitu parit buntar bukan kah lg jauh

ada juga memohon mrsm
minta dekat pasir salak pasal tidak jauh dari ayer tawar nun..
tapi jangan di sangka keputusannya kalau dapat
entah ke penang..melaka pun boleh dihantar

anak dara yang berseluar merah bakal duduk asrama
harap berubahla bila kena berdikari

La tahzan : Khabar duka di ambang akhir tahun 2014


Peristiwa banjir yg berlaku sekarang ini 
membuatkan semua orang rasa berduka..bersimpati pada mangsa2..
di pantai timur yg boleh dikatakan hampir lumpuh aktiviti 
yang hilang rumah..harta benda...bersabarlah..redholah 
i pun tak tau adakah ini yg terburuk selain dari tahun 1967 dan 1971
waktu itu i pun masih belum wujud lagi


sempat bertanya pada kawan2 yg family nya masih di sana
Alhamdulillah rumah2 keluarga mereka tidak terlibat 
cuma tadi bertanya pada guru yg bekerja di sini
dia cakap rumah kakaknya habis sampai ke bumbung 
rumah iparnya hanyut  rumah abangnya pun hanyut
Tiada apa yang tinggal
itu mangsa yang tidak pernah kena banjir sebelum ini
kejadian yang tidak di sangka
kita terima dengan redha
Allah menduga mungkin ada hikmahnya


teringat kawan yang family mertuanya duduk di kuala krai 
kalau tak silap ..i pernah bermalam di rumahnya kebetulan balik dari kursus
rumahnya di kawasan lembah ..kerap banjir
akhirnya family mertuanya jual tanah dan pindah ke perak duduk dirumah menantu 


dan kepada rakan2 fb gang drsk yg rumah nya dilanda banjir
takziah dan bersabar lah dengan ujian yang menimpa..


Khamis, 18 Disember 2014

Dilema wanita


APa khabar bloggers..

lamanya i menyepi..
idokla busy manapun
just x tau nak menulis apa
blur dengan masalah melanda

Isnin pagi 15/12/2014
masa nak bersiap pergi kerja
kakak call membawa perkhabaran duka
sepupu telah kembali kepada penciptanya
terkesima sekejap
usia sepupu pun dah menjangkau 52 tahun
sepupu sebelah i paling muda pun 20 tahun kot
jangan ditanya sebelah asben ,paling tua baya dia..

cuma arwah sepupu berkahwin dgn wanita muda
tua beberapa tahun jer dari 1
anak sulung pun dah umur 19 tahun
yang bongsu 6 tahun
isterinya pula tidak bekerja
perempuan bila tidak bekerja dengan anak yg masih kecil
ohhh..tak dapat i nak bayangkan
yg sulung lah harapannya sekarang sebab dah bekerja
kalau bekerja kerajaan boleh juga si isteri menerima pencen terbitan
bekerja swasta harap duit kwsp atau insuran jika ada atau ada socso
dapat duit sekepuk tak sama dengan bulan2 
duit sekepuk kalau tidak pandai urus cepatla habisnya

dan pada hari yang sama rupanya sedara jauh pun kembali ke Rahmatullah
lelaki juga.. yang itu abang ipar pergi menziarah mewakili keluarga dan merupakan saudara dekat pada abang ipar.. kakak i sebenarnya berkahwin dgn saudara juga cuma saudara jauh bukan sepupu yg kurang digalakkan berkahwin

dalam keadaan berduka dapat pula berita

berita best dan berita tak best

berita bestnya di naikkan pangkat
yang tidak bestnya kena berpindah tempat kerja
membuatkan yang tak bestnya nun jauh di putrajaya (macam ke sabah sarawak ajer bunyinya)
i ada kenangan setahun lebih pjj dgn asben ni
rasanya tak sanggup
kalau di hantar ke ipoh gagah perkasa lagi
di putrajaya nun
memang ada rakan2 ..saudara mara menetap disana
tapi kos nya meningkat
dapat kenaikannya tidak setara dengan kos hidup..

memang dilema wanita rasanya
dilema wanita yang tak pandai memandu kereta sebenarnya
masih memikir lagi mahu menerima jawatan baru atau menolak
orang kata bertuah la takder perlu temuduga terus ditawarkan jawatan
sesetengah kawan kena apply utk kenaikan


hatijadilibanglibu

sekian 


Ahad, 14 Disember 2014

ke Fraser Hill kiter part last

di hari ke -2 pula
adalah masa check out
rasa tak puas pun ada
tapi nak buat macam mana full banglo inapni

pagitu siapsarapan dgn bekal makan tengah hari
packing2 barang pukul 12.30 baru check out
terlewat setengah jam takper 
pepandai je hahahha

udah tgh hari 
terus gi air terjun jeragau

tgh perjalanan 
adalah wasap masuk
makngah jauhke lagi air laut
ngeeee..... ko duduk atas bukit or gunung ni mana nak cekau air laut
pakat gelak semua org
jauh juga kat sini tapi demi bebudak tu bawa jugala
dari tempat parking jauh plak nak menapak
ini kali kedua i datang kat air terjunni


 sempat berposing dulu


 muka2 happy


 sampai2 je terus berkubang
dah tak nyempat2..
sebenarnya banyak tempat lg menarik tapi kaki dah tak larat nak menapak
duduk jerla sini


 memang syok mandi airnya sejuk sungguh
budak2 apa dia orang rasa


 makpak tok opah tengok jerla
pastu makan nasi lemak yg mentah.
hahaha nasib tak sakit perut ..sebab mentah sedikit 
tak sempat nak masak lama dah kena check out



 selepas mandi berposing lagi
baju merah tu dua beradik
sorang rupa anak cina ..adiknya rupa india..kakaknya yg upsr 5a tu ruper melayu..
yg rupanya cina tu ambil subjek bahasa cina lg kat sekolah

lepas mandi manda , semua bergerak ke tasik Allan

kat sini dah ada belon air
budak2 semua pakat naik
dah ramai dapat la free 1 untungla



 biras i bawa anak sulung dia yg umur 3 tahun


yg mak2 dgn apak2 naik bot kayuh
anak2 dah muncung tak dapat naik

 budak2 tak cukup ketinggian naik atas darat ye...

anak i sepatutnya boleh naik tapi dah lewat..
nak gi kandang kuda lagi kat padlock
so muncung sedepa la


cepat2 kita org gerak ke padlock

sayangnya pukul 4 kuda dah tutup ..hujan renyai alasannya

so pergila kat tempat memanah dan menyumpit
dewasa boleh memanah dan menyupit
budak2 hanya menyumpit sahaja

sekali main rm 6 untuk sumpitan
memanah pula rm10

tak dapat naik kuda kita nyumpit je yer nak...
aksi didin menyumpit




 pastu dia mengajar sepupunya plak
inilah sepupunya yg sebijik rupa dia masa kecil
mau besar gelap macam abang didin


wah...hebat2 belake ni
 ceh..macam pro ajer..walhal ke manantah perginya anak panah

baik sungguh pakcik jaga bahagianni
siap bagi main free sumpit pastu sampai 5.15 baru berhenti walhal ..boleh main sampai 4.30 saja


 sebelum balik singgah berposing dulu di sini
bukan semua yg masuk pun


dekat dataran kkb hentian rehat terakhir sebelum berpecah
adik ipar nak balik ke melaka kampung suaminya
yang lain2 akan balik ke ipoh 


 keletihan sungguh..aktiviti full


budak2 sekarang kecil2 pandai gajet



habis sudah entry di fraser hill.. 
sebelum balik ipoh singgah sekejap di rumah kita org berehat..

Sabtu, 13 Disember 2014

Ke fraser Hill Kiter part 2

Macam lama benar ber part2 kennn..
walhal 2 hari 1 mlm je

hari sampai tu lepas makan
simpan barang
bawa pusing pekan 
tapi sayang semua aktiviti riadah dah tutup
sampai pukul 5 aje ye..
jadinya ronda2 jerla

sempat makan pisang goreng sejuk..
awatt makcik goreng awal..
org dtg nak makan yg panas2 bg badan panas sikit
dahla cuaca sejuk sampai ke tulang rasanya

petangtu balik rumah
kakak ipar tolong gorengkan popia otak2
65 pcs u alls..
licin juga..
itupun dah pukul 7 ptg baru nak minum petang

malamtu aktiviti membakor
cuaca yg sejuk bebudak pun x nak keluar rumah
yang kebal sejuk jer berani keluar
MIL dah berkelubung dlm selimut
FIL dah gelak2 perli sekali
ya ngan eksyen MIL kata ala tak sejuk manapun
sekali pi bulan duabelas sejuk sehingga ke tulang
dulupun dia pergi siang kurangla sejuk tp malam mmg tetap sejuk

i kan dah ckp bulan 12 cuaca kan sejuk musim hujan
dia tetap sejuk walaupun tak hujan waktu itu

erk pening plak ngan maksud ayattu
abaikan yer

bestnya tempatni pasal tempat pembakar di sediakan
ada ayam,kambing,sotong,udang,sosej,daging burger
rempah perapnya macam rasa ada
mlm sebelum bertolak 
arjuna yg create semua resipi utk perap 
tp jgn ditanya resipinya
main campur jer janji sedap
baki sikit jer tinggal
sejuk2 makan benda panas memang sedap

 Bapak2 ditugaskan membakar



 time makan baru tersembul muka2 yg kesejukan

tak vpayahla bubuh gambar makanan kot..sama je
janji rasa sedappppppppppp.....

eh..macam pendek je kan

so i selitkan 3 keping gambar di waktu petangnya

 dah besar dah sepupu2 didinni
yang seluar merahtu tahun 2015 naik tingkatan 1
UPSR baruni walaupun 2 kali jawab
dapat jga dia 5a..ingatkan dia stress
tapi stress apanya rileks je sebelum repeat paper haritu dia ikut gi kl.jejalan
setengah org study balik 
yg sweather merahtu tahun depan darjah 6
haha kenala target 5a juga


 gojes2 nje adik2 ipar i ni
gaya sakan lain cam kaka ipar nye 
sempoi plus selekeh hahahaha
mujur arjuna i jenis tak suka i melaram..kalo over sikit dia mula menjeling




tak tahan sejuk MIL siap bersarung tangan..kihkihkih


itu ajer kisah 4 disember.
nak kena sambung..i belum sempat uploag gambar




Jumaat, 12 Disember 2014

ke Fraser hill kiter part 1

pada 4 disember yang lepas berjaya juga arjuna membawa family nya ke fraser hill
itupun satu family tak dapat ikut dan seorang adik iparnya kerja


 Sebelu sampai area naik bukit tu singgah di air terjun semangkuk
cadang nak berkelah di sini tapi FIL ajak makan dekat penginapan je



 sempat juga dua sikecik mandi kat sini
yang lain pakat menjeles tak dapat mandi


sampai2 je terus mengjidang makanan
dah masing2 kebulur dekat pukul 3 baru nak makan nasi
meja makan sikit punya besar


 lepas makan terus nak gi main taman dekat belakang tempat inap
bapa2 yg jadi baby sitter

kelakar sungguh sampai2 semua berebut bilik
tapi biasala arahan arjuna kena dengar dia yg tetapkan bilik
bilik kita org ada wing chair yg cantik
merasa gak duduk wing chair nak beli x mampu


tak sempat rehat lama kita org ke pekan cowboy ngeeee..

jam biasa posing kat sini

 banyak sebenar aksi posing ni tapi malasla upload 
bukti satu dah cukup
cer teka mana saya



ginilah rupa cuaca di puncak fraser..berkabus sepanjang masa
tapi kat bahagian pekan takder macamni


itulah cerita sepetang sahaja..
malamtu bbq sambung episod lain le plak

Salam Jumaat


Harap semua rakan blogger sihat.

diam tak diam dah seminggu tak mencoret

kesempatan masa yang tiada...

hahahhaah ayat skema sungguh

k la tak sabar nak share moment percutian ringkas haritu

Sabtu, 6 Disember 2014

sicomel

 namanya bukan comel...ini jyho
aweks running man ni
alolo comeii..nya makan biskut jari ...erk...
habis jari mummy 



ni mummy jyho..
ni lg satu versi hp janji ado

huh muka mummy ne mcm minta kena gigit jer...

Jumaat, 5 Disember 2014

Setahun sudah berlalu


ya hampir setahun dah di sini
banyak perubahan dah berlaku
dari tiada nyamuk dah start ada nyamuk
tp tak bykpun..mungkin sebab cuaca ..
pasrah jerla bila ade sekor dua tersesat :(

walaupun dah setahun...
rumah masih belum lengkap
ada dua tiga ruang belum di bubuh kipas..
harap portable fan jer bergerak ke sana sini

mungkin ada bonus di awal tahun 
akan kami gunakan untuk melengkapkan prasarana pentingtu


aircond sedia ada pun belum di pasang semula
berapa je sangat kos memasang tetapi
kerana cuaca yg seringkali sejuk di kawasan rumah
membuatkan niat nak memasang aircond semula tiada terlintas dalam fikiran

yg paling pennting 
walaupun rumah tiada perabot mewah
tiada lengkap 
janji rumahku syurgaku
tak gitu kekawan


Khamis, 4 Disember 2014

Misi menuju ke Puncak



hi friends..

ini entry berjadual

i takut tak sempat nak menjengah
jadi i buat siap2 pastu auto publish..

waktu ni i maybe i tengah memasak
mengemas barang
untuk ke puncak yang sejuk
nak tau kat mana???

tak jauh pun 
Fraser hill je

apa yang buat i teruja!!!!
first time asben n wife organized family trip
walaupun semalam tapi bukan senang
i  memang x pernah arrange apa2 pun 
hanya kecil2an pernahla
'macam buat bbq..steamboat untuk family..
sekarangni job tu pun dah di ambil oleh anak2 buah yg dah besar
but my asbend pernahla utk family day 1 jabatan
beratus orang yg terlibat
eeii meletihkan


pasal this family trip
ingat senang ke ..
collect dana ciput
lepastu nak bagi semua rasa enjoy dgn bajet ciput..
bukan senang tu

bila jadi organizer ni 
kita bukan bercuti pun 
sebab dah bizi uruskan makan minum  penginapan 
karang dapat yg banyak songeh lagila jenuh
pay less but badget nak cam diva...
oh..pening mak camni

kita arrange rumah penginapan
makan dan minum
lawatan
mujur semalam kalo dua malam.
pitam terus

family trip kalini ada 12 dewasa dan 11 kanak2






Rabu, 3 Disember 2014

hi Desember ...

dah masuk hari ke -3 baru nak ber hi..hi


dah menghampiri hujung tahun...
apa pencapaian yang terlaksana..
ya hajat duduk di rumah sendiri tercapai
walaupun membayar tiap2 bulan 
tapi ianya rumah sendiri
tiada istilah tuan rumah nak rumahnya balik

apa pencapaian terbaik????
selain dari rumah rasanya tiada
itupun dah terbaik rasanya
bertungkus lumus memenuhi keperluan rumah sendiri
walaupun masih tidak lengkap
tapi cukup puas hasilnya bila dilakukan sendiri
eh.. arjuna yg banyak buat..i backup je

ya target akan datang misi mencari tanah di kampung
andai kata rasa nak duduk di kampung boleh balik bila2 masa
itu lah target akan datang
kalau rezeki kami sekeluarga murah..cepatla nampak hasilnya

tapi dah kecoh dlm berita 
ekonomi merudum lagi lebih teruk dari tahun 1997
WAllahualam
moga kita hadapi dgn tabah
ikut konsep bekas pm kta tun mahathir 
macam mana menangani masalah ekonomi meleset

disember
oh disember
makin bertambahla usia ku akan datang


Perbezaan HP janji boleh pakai v/s HP berkualiti



hi...

Nampak perbezaan gambar di bawah


v/s



Selasa, 2 Disember 2014

COUNT THE DAY

ENTRY TANPA GAMBAR
ENTRY DENGAN CAPSLOCK
ENTRY DENGAN TERGESA-GESA KERANA MENGEJAR MASA
ENTRY SAJA MENJENGUK BLOG
UTK BERITAHU TUAN BLOG TETAP ADA

X SABAR NAK BERCUTI PENDEK

K BYE..

Isnin, 1 Disember 2014

dia bertukar warna


hi bloggers.. 
sihatke..??
weekend baru2ni i duduk rumah ajer
my arjuna nun outstation kat negeri cik siti wan kembang
erk....
duduk rumah takder buat apa
jadinya merempit sat gi kedai hardware
mujur tak jauh dari rumah
nak cari cat idaman hati
i nak cari cat macam warna rak mini tu
sekali nan hado color itu
i beli tin cinonet je
1 tin rm 3.50
jenama ocean

sebelumni hajat nak cat putih tapi terbekenan pink plak

maka jadila

v
v
v

v
v
v


v
v
v

lidi bunga telur jadi mangsa kacau cat

musim hujan lambat plak kering
tak dapat i nak menggayakannya