nuffnang

Jumaat, 27 Jun 2014

Kemalasan bukan lagi jadi alasan


ini cerita pesanan my arjuna
dah pindah rumah sendiri/baru jangan nak bagi alasan malas
dulu i masa kat rumah sewa yg dah usang tu
selalu bagi alasan kat arjuna i tu yang  i malas nak kemas rumah
serabut tengok rumah yg makin teruk..usang/habuk/
jadi tak berselera nak mengemas..
walhal alsan jer kunon..orang lain kalau rumah yang dah teruk lagi nak dijaga kan...


dan

tetap sama  dah pindah pun macam itu juga
rajinnya ada la sikit ..hehehehe
dah tabiat yg tak boleh dikikis kan

tapi dalam kemalasan i yg macam menjadi-jadi tu
i tetap buat juga ..dah rumah kita sendiri
kitalah tuan rumah kitalah pembantu rumah

dalam fesbuk orang dok kecoh mop lantai pakai kain batik dan air panas
eh..orang pemalas macam i pun buat tau..
pukul 12 tgh malam i gigih masak air dan rebus terus kain batik..
mula la mengelap macam oshintu
tapi rasa rabaknya pinggang macam sakit nak bersalin
ceitt.. pomps ni salin pun seacer mana ko tau sakit bersalin.

tapi bila si pemalas dah terajinnnnnnnnnnn...

hasilnya macamnilah

v
v
v
v
v
v
v
v
 wayar elektrik yang comot bagaini pun akan buat ko sakit mata memandang .. comotttttt bangetttt


selepas
 bila si pemalas jadi rajin...bersinar kabel tu.. tapi janganla lepas korang lap terus guna kabel2 yang baru lepas lap.. merbahaya tu..manala kita sedar ada kabel yang terluka .karang terbakar 1 rumah.. biar kering betul2 baru pakai. seeloknya buat benda macamni sebelum masuk tidur. 



 comotnye kan...tapi karat kat tepi permukaan tu tak boleh dibuang

 periuk pun dah berkilat.. cuma kepala kabel tak larat i nak menyental beria-ia


akulah  wina si periuk nasi...
hahaha dah macam karangan sekolah rendah jek...


sampai sekarang sticker tu elok lagi... kalau basuh hancur kot stickertu..ini lap ngan tuala lembap so takderla rosak sticker


so..... kemalasan bukan lagi alasan kan....kalau keletihan boleh diterima tak?
mana tau boleh bagi alasan dekat my arjuna...
i nak cari idea2 utk menjawab soalan si arjuna..diatu macam peguam takder tauliah
biso bonar kata dato' hattan

nota: pasal sticker bunga rose ni... MiL dah sebok nak mencari 
i dah bagitau dekat mydin sekali kat mydin rtc gopeng takder..
kena gi mydin meru la..i pun beli kat mydin meru..




Khamis, 26 Jun 2014

old skool punyer dapur..

pernah tengok dapur kayu tak?
orang muda2 maybe tak pernah jumpa kot
celik2 mata semua tengok dapur gas..
macam i ..masa sekolah rendah lagi masih guna dapur kayu..
ada juga guna dapur pakai minyak tanah

macamni ghuper dapur minyak tanah

sumber gambar dari koleksioldskool.blogspot.com

dapur kayu pula macamni

dapur kayu macamnilah rumah mak i ada satu ketika dahulu
tapi idokler kayu gini..
papan warna coklat siap berbumbung zink dan tinggi paras pinggang dewasa


sekarangni semua pakai dapur gas mahupun elektrik
kayo la orang yang pakai dapur elektrik ..hehehhe
bil elektrik kan tinggi.


tapi i suka tengok dapur ni old skool betul 
sumber pinterest
credit pinterest.com

sapa pernah masak pakai dapur kayu??
tiup api mesti lekat abu dekat muka.hahahahhaha

dapur: nampak semak tapi janji hati senang

hi readers...
poyo kan punya title..
dapur semak tapi hati senang
eh.. tidak rimas ke dapur semak..
siapa yang tidak rimas dapur semak
penuh barang atas meja tapi tengok barangla
kalau pinggan mangkuk cawan gelas dah berpakai biar tersadai memang menyakitkan mata
nak harapkan siapa mengemas
sendiri la buat..
di dalam rumah tu ada dua lelaki dan seorang perempuan
dan seekor mak bulus..
harap mak bulus mengemas ..huhuhu harap mengemas badan dia ajerla

inilah ghuper semaknya dapur i
v
v
v

dapur yang bertable top tanpa pintu dan tiada lagi kitchen cabinet . dah 6 bulan duduk ..ginilah keadaannya
tunggulah setahun dua kot itupun bergantung pada rezeki Allah yang bagi.. cepat dapat rezekinya merasalah buat dapur lebih sempurna dengan cpat. 

memang semak kan semua barang nak letak atas meja
kalau ada kabinet pun i tetap letak atas meja barang2 yg hari2 guna
mmang i tak suka simpannya pasal  susah nak capai
nak barang kena buka pintu kabinet..ei..masa terbuang..lainla surirumah sepenuh masa.

dasar pemalasss kennnn.. apa tak di cover tabletop tu dengan langsir kain
nak beli kain semeter dua pun i berkira hahhaha....
sebenornya i tak jumpa lagi kain yang sesuai..


nota tangan: mulut dah berbuih nak menyuruh sang arjuna menggantung rak kaca walhal sang arjuna juga bising tempat menyedia bahan masak sempit disebabkan rak2 rempahratus diatas tabletop. itulah orang kata orang berjawatan sama takkan rajin buat benda yang sama sepanjang masa.. eh faham ker korang ?contoh cam tukang masakla. dia bekerja sebagai tukang masak yang famous amous..tapi balik rumah dia nak juga merasa masakan orang lain.. gitu yg i nampak pada jiran i .. dia meniaga makan tapi habis meniaga makan..dia pi singgah kedai makan yg lain untuk makan sebelum balik rumah.. 
begitu juga si arjuna i .. di pejabat nya dia merupakan tukang yg hebat..balik rumah liat sungguh nak bertukang dirumah sendiri... hahhaha mamp..sss i..bila dia baca... 

Rabu, 25 Jun 2014

Review Rumah Penginapan ala kampung

Ini kenangan i dan family menginap di tasik kenyir terengganu.

chalet rumah sebuah..i sangat suka paternnya cantik..sampai berangan -angan nak cari tanah dan bina rumah macamni. angan jela..buat rumah papan ni kena penjagaan yang teliti..kalau tak tinggal tiang dajela.. kena makan anai2.



 lihat pintu masuknya dari ruang makan ..macam rumah apartment pula.yg baju biru bersidai tu adalah kerusi meja makan. biasala..bukan jenis tertib unyer orang..


 inilah ruang tamunya.. depannya ada balcony yg luas.. terlupa nak ambil gambar. gambar bilik pun terlupa ambil. Abaikan model tak bergaji tu..


ini dapurnya..still lantai kayu. dapur takder balcony. rasa macam luas sangat rumahni.. memang la luas ..rumah penginapan mana ada barang ..betul tak..


entah bila merasa duduk rumahni lg.. boleh jer tempah tapi fikir 44 kali rasanya tak larat mendaki bukit.. rumah inap ni atas bukit di tasik kenyir.. habis loose sendi i ..hewhewhew

Selasa, 24 Jun 2014

Cantik yang tak bermakna

dalam gambar ni memang tak cantik pon..almaklum ambil gambar dengan handphone


ini kisah lampu membaca.. asben i pasang dekat bawah tv tu
konon nak cantikla
sebelumni lampu tu dipasang di dapor betul2 bawah dapor masak
itu masa  dekat rumah sewa punya cerita
siling rumah sewa tinggi so bila mentol lampu kalimantang terbakar akan ambil masa nak tukar mentol
jadinya lampuni la diguna untuk memasak
memang terhad la cahaya time memasak
time masak pun romantik

so bila pindah rumah asben i cuci lampu ni dan letak kat bawah tv.
memang romantikla tengok tv ngan lampu camni
tapi hazabnya adalah bahang panas
berbahang ko satu ruang tamu
kalau dibiar mau tv terbakar .kalau dah panas sangat
cam over pula terbakar kan..eh kita mana tau barang elektrikni mau meletops
nanti tak berumah la pula..

sudahnya tersadai belakang tv je la..
sekali sekala buka dlm 5 minit cukup
hahahha..x buka langsung sok rosak terus lagi rugi..


p/s: bising asben i gambar dia takder dalam frame.sabotaj katanya.
sekarang i dah letak gambar dia . gambar lama pun ..harap puas hati

Jumaat, 20 Jun 2014

review rumah orang ...


ini rumah pakcik asben
agak keberadaan dari antara adikberadik mereka
orang pencen berpangkat
i tengok rumahnya ader bahagian
macam english style tapi bercampur aduk la juga 
orang kata tangkap muat kot

gambar ni di ambil masa kenduri kahwin anaknya 
so perabot semua dah beralih arah

apa yg i suka tengok wallpaper nya
yang kerlass ko jah
bukan murah2 punya.. 
tukang pasang adalah 2 pupu asben 
diani memang minat interior design
i pernah pergi rumahn 2 pupu asben di n.9
rumah teres setingkat je tapi english style
pernah masuk dalam majalah anjung seri lagi




saja je ambil gambar masa bebudak tengah main..tak nampak sangat ambil gambar rumah orang hehehehe..

asben i jarang bawa gi umah sedaramara nya ..
time raya atau kenduri je
then tiap kali gi umah ni..
asyik tengok perubahan
asyik bertambah ruang..silap2 akan datang bila i datang tengok rumahni 
dari banglo setingkat jadi 2 tingkat gamaknya

Bercuti dibulan puasa...


Bercuti di bulan puasa macam pelikkan bunyi nya
entahla ..tapi memang itu yang i ngan asben buat sejak 3 tahun kebelakanganni
selalunya semalam atau 2 saja yang kami pergi
tempat pun di tempat sejuk macam di Cameron highland dan fraser hill
i suka lagi fraser hill dari cameron pasal di fraser hill jauh lebih sejuk
tapi pilihan terpaksa dibuat ..tiap2 tahun time puasa hanya Cameeron yang sesuai kerana 
bersahur di sana senang ofcoz banyak kedai dibuka di cameron highland
berbuka puasa pun takder masalah
kat fraser hill mau kena siapkan sendiri ..itu bukan bercuti namanya tu
time puasala jjimat belanja bila bercuti
kurang aktiviti beli makanan di siang hari

tahunni i dapat booking semalam je then esoknya terus balik kg.
okeyla juga gilir berbuka puasa di dua rumah keluarga masing2

teringin nak makan ketam goreng di pasar malam cameron highland 
dan makan strawberry fresh.. i hanya makan strawberry kat sana saja
yang bawa balik tak larat nak makan..masam rasanya


Perempuan dan Bola


sapa perempuan suka tengok bola???
cer ngaku.
tengok cerita korea..hindustan...???
xkan takder kot..

i takder la suka tengok sangat
tapi kalau ada german lawan (time piala dunia jela)
i memang nak tengok
macam semalam
i tanya asben arini ada ke german lawan
jawapan asben adalah "takder"
england ada katanya ..dia nak tengok pukul 3 pagi 
tolong siap bekal air teh dalam flusk 
wah siap bagi arahan mandatori lagi
apa ke tidaknya bini awal2  angkat tangan 
nak tido lena malamni ..taknak rabak mata dah..

dalam  tak sampai sepuluh minit i tanya lagi
"german takder lawan ke harini?"
asben dah jeling semacam dan  terus sound..
"dah sound trouble ke...tadikan dah bagitau"
dapat sejibik ko...
hahahha padan muka tak alert masa asben cakap
dahtu malas la nak tengok schedule perlawanan
kat remote astro pun ada tapi i mana ada masa
balik kerja terus kedapur
itulah rutin wanita yang bekerja tanpa ada pembantu rumah
kadang2 rasa cam superwoman jer
tapi banyak rasa supermalassss jek..huh

masa minum petang tu i siapkan terus air teh dalam flusk 
flusk tu tahan lama dah 8 tahun masih tahan lebih 8 jam
alhamdulillah rezeki dapat flusk yang berfungsi begitu lama

oh.harini memang keletihan...
siapkan buku aturcara..letih sungguh
esok ada hari anugerah cemerlang
tapi esok tak terlibat just datang kerja untuk cuti berganti
kerja ikut budak2 sekolah macamnilah rupanya

i penyokong german tapi dapat bear Brazil (kot) piala dunia 2010
itupun hendak mak mertua bagi satu patungni..
tahunni celcom buat kax pula..
harap mertua ada beli lagi hahahahha..kaki rembat punyer orang

Khamis, 19 Jun 2014

Kesayangan : Pasu reject


Agak kelakarkan.. pasu rejected pun boleh jadi pasu kesayangan
pasu ni sumbing sediit jer so tetap dikira murah
murah tak murah rm 9 juga harganya
muntot pasu ni jenis tirus di bawah
tu yang i berkenan
x tua pasu ni ..rasanya dalam usia 6 tahun je..
tapi okoknya dah penuh sepenuh dalam pasu ni..



Mata Panda

Bulan ini dan bulan depan serius semua kaki bola mata depa cam panda
Agaknya i pun kena tempias juga
i just tengok German aja tapi time pasukan lain lawan pun terpaksa berjaga juga
ada ajer alasan the other half buat i berjaga lewat malam


kalau setakat mata macamni takperla
tapi masa buat kerja dok macam singa lapau dah
dok menguap jer...
seksaan juga untuk isteri2 kaki bola ni..
erk tapi member2 sepejabat tido ontime pun macamtu juga
dok menguap time kerja
rasanya bukan pasal lewat tido ni..mesti punca perubahan cuaca...

Rabu, 18 Jun 2014

Si Dia Casanova

inilah sudut mengeteh/mengopi i
i suka guna balang kaca
setengah orang risau nak guna balang kaca 
takut pecah kalau ada anak kecil.
bagi i pecah takper tapi jangan anak2 terluka itu yang merbahaya

sepatutnya i ada 5 balang ni tapi 2 balang saiz kecil i hadiahkan dekat sepupu semasa dia buat kenduri naik rumah dulu..rasanya dekat 3tahun jugala balangni

erm..yang i pelik kenapa nama balangni casanova..
pelik2 pun i beli juga... 
pasal minat dengan coraknya

Bekas Serbaguna

simple tak tempat letak sikat i.pastu kat situ i taruk lipstik yang ader seketui dua..dan minyak wangi 
minyak baby , eyeliner pun situ yang tak tahan ada pen juga.memang serbaguna kan bekastu. kanmainkan sikat warna pink gitu. 

 naktau bekas apakah itu?
jeng..jeng..jeng..

ala bekas putik kapas jer pun.. isi dah abis i tarukla barang2 tu kalau tak bersepah atas meja solek i ni..
minyak wangi  3 ketui milik asben tu tak sesuai lak masuk situ.. kena cari boz lain pula.. 

elokkan terletak disisi tu bekas pin tudung i . tak banyak koleksi dah..pakai ajer apa yg ada..

Selasa, 17 Jun 2014

Perhiasan meja yang bergerak-gerak


korang pernah tengok perhiasan meja yang boleh bergerak-gerak
mesti korang tak pernah tengok kan..
kalau ada pun yang korang alihkan barula gerak..

tapi i ada...

kadang2  perhiasan ni ada atas meja
selalunya tak ada
tapi bukanlah kita orang ubahkan

nak tau apa perhiasannya

jeng..jeng..

v

v

v

v

v

v

v
v


scroll lagi yerk
v


v




v



v


v


v

v



v



v




v



v




v


v





v





v


v


v

tadaaaaaa...

v


v
v
v

v
v
v




v
v

ni dia...



nah ni dia budak ne yang dah jadi mak buyong buat kali ke 2

sesuka hati dia ajer lepak atas meja

diani dahla spesis bulu berterabur..jenuh la mak tiri kamu nak lap meja
makincik tak rajin tau....huaaaaa......

set corelle



hihihi...
saje nak tayang 
barang corelle dgn bukan corelle 
cam serupa je kan
gambar corelle ni i copy dari google

hasil google

vs

yang ni i yang punya bukan ahmad albab yang punya tawww


cer tengok apa yang bezanya


bawahni yang ori rasanya..sumber pun google juga

sebenarnya i nak beli set ni ..harganya takla mahal tapi tak sempat nak beli stok terus takder keluar..tak keluar atau dah ditarik balik..sebab macam sebiji kan... beza sikit coraknya.. dan tebal sikit dari coorelle asli

masani i tak tau lagi sekali i tengok gambar corelle terus terkesima.. sapa tiru sapa i tak tau .lagipun takder plak kes saman ke hapa. cuma set yg i beli tu tak sempat dapat full pasal dah takda syarikat tu keluar.huhu...

kalau sapa kaki corelle tau la beza nya..selain corak..pastu ketebalan mangkuk dan cop jenama dibawah...

tiba2 teringat perangai kakak2 i.. bila adik beradik pakai barang kemas baru mula sportcheck .. tiruan ke 916 ..hahahaha.. bagi alasan nak tengok patern walhal nak tengok cop kat situ ada tak tulis 916..fuhhh.. tu pasal kalau i pakai ori pun i kata ini zhulian.hahahah padanler muka..erk..kalau ader anak sedara baca ..tak yahlla report card kat mak mengkome ye..


Kisah Malam Pertama yang Indah


heeep...jangan fikir bukan2 pula
sajer jer tajuk kasi otak segar
mata blink2 nih..
angkara malam pertama malam tadi
ala..team favourite i German lawan portugal 
memang tak sia2 i berjaga malam tadi
ekekeke ...

ini angkara terjebak tengok piala dunia 2010
sejak itu team german my fav walaupun kalah i tak peduli
masatu minat tengok klose main dgn Mesut Ozil 
tapi Klose kalini kat bangku simpanan.. dah tue ..erk..
tapi memang hatrikla si thomas Muller
3 gol yang dijaringnya



dari dulu suka tengok corak permainan german
teratur /sistematik/kalau rampas bola tu takder kasar pun
tapi dah team pujaan memangla semua nampak indah kan
takla..asben dia ade team dia sendiri pun mengakui team german
memang team yang sistematik..main pun tak kasar
agak2 boleh ker german menang tahunni???
hopely 

erk..apa team fav suami..i pun tak tau..hahahaha..
rasanya sepanyol kot..dulu dia minat italy tapi cam bukan sekarangni..



Isnin, 16 Jun 2014

Tetamu masa cuti sekolah


Haritu abang i datang ke rumah 
adalah melepak dalam 2-3 jam
datang dengan familynya termasuk mbak
Mbak tu makcik kakak ipar i
abang i duduk kat Penang 
tapi dia baru balik dari kl....berkursus katanya
cuti sekolah kan alang2 berkursus dapat bilik free angkutla family sekali
i pun dulu selalu buat macamtu kat opis lama
kat tempat baru tak pernah merasa bermalam di hotel dah

inilah ahli kerluarga i yang pertama datang menziarah di rumah baru
yang lain2 belum lg
depa nak tunggu i buat kenduri katanya
hahaha tunggula sampai hujung tahun
setahun ko duduk baru nak buat kenduri naik rumah merangkap kenduri masuk jawi si teruna tu

abang i ni anak nya dah 4 
produktif sikit
harap ader lagi peluang dapat anak pasal semuanya superhero

 ni anak no. 2 abang ,sebaya ngan didin ,beza pun sehari ajer

yang no. 3 tengah duduk.. no. 4 plak berdiri

yang sulung takder dalam gambar
bersaiz besar sedikit dari no. 2
yang tu betul anak penang pasal dah ghuper anak mami kulitnya

bestnya masa nak balik 
si no. 2 dan adik2nya pakat bersalam sebelum balik
baguskan budak2nya tanpa disuruh terus buat
tapi yang i tak tahan.. dengan kucing2 disalam
"Ne..kami nak balik..mai salam."
eh..tak tipu memang salam betul pun
muka blur si Ne masatu..


Sabtu, 14 Jun 2014

TKMK : lampu gantung tembikai


inilah rupa lampu kat ruang meja makan rumah i
lampu kesayangan asben ni
macam mana la i nak pujuk suruh gantikan dengan lampu yang i minat ...
dah tak tau kat ruang mana nak letak ..

Jumaat, 13 Jun 2014

Hiasan di bilik air di bilik tidur utama siri 2


Sebenarnya takder pertambahan apa2pun just letak pokok hidup jer..
semua orang ada citarasa masing2 kan
i pun ada tapi maybe setengah orang tak suka pasal nampak semak
sebabnya citarasa i adalah letak barang kat luar tak suka tersorok2
 rasa macam buang masa disitu bila nak ambil sabun pencuci muka kena buka almari
ek..tak kuasa rasanya
hahaha.. jadinya macamnilah nampak penuh atas rak kaca..
cuma rasanya nak juga kabinet tahan basah di bilik air
nak buat stor untuk stok syampu,sabun dan yang seangkatan macam kapas muka
asal nak guna cotton ni kena keluar bilik air ambil kat meja solek..
rasa cam buang masa di situ pula..haish....
tempat sabun tekan tu i buat tempat sabun mandi 
dulu bersepah2 berus gigi ngan ubat gigi
ada kat atas sinki dan ada atas rak kacani..
lastly gi kedai 2 hengget jumpa bekas pink tu 
selang berapa hari pula pergi kedai 2 hengget lagi beli tempat letak sabun mandi ketul
letak kat sudut shower


Korang rasa tak pelikker tengok tempat gantung tuala ni..
i yang memandang nya pun rasa macam stress
tapi sabor jela ini pilihan asben
dia kata senang nak capai yang kat belakang kalau pasang macamni
lagipun dia yg pasang..karang dia buka balik dan suruh pasang sendiri pula ..lagi la parah..


bilik air kat belakang still hold in progress.

loveats sebagai pilihan :burger kelabu/hitam yang istimewa


hi..
pernah makan burger kelabu tak?
setengah orang anggap hitam
tapi mata i rasa berger kelabu


amboi nak cover dia punyer hotdog

 dah lupa nama set ini..
tapi set hotdog ni + kentang + air baru rm 10.80
air pula saiz jumbo.


 pilihan i black pearl.. mak ai ..pedassss terangkat
black pearlni berger daging tapi lain dia punya topping dalam
i ambil ala carte je.. 

yangni daging kambing pilihan asben.. ala carte rm12.80
kalau set berger + kentang + air baru rm 17.80
sini kentang dia marvelesss .. owner buat sendiri


sudahnya tiap kali makan ..asben tolong abiskan..
berger besar ..x larat i nak abiskan


so kalau korang lalu jalan lama dari kl mahupun ipoh.. cuba la singgah  cafe loveatsni
terletak di taman U ..bersebelahan UPSI
ader satu baris rumah kedai tepi jalan besar tu
di situlah loveats.. buka setiap hari dari 5 petang hingga 11 malam 
'kedai tutup hari isnin

Percutian tak sampai 24 jam di Fraser Hill


Percutian pendek 
mungkin tak puas bg FIL danMIl i..
nak buat macam mana anak nya kerja
Ikutkan boleh berlamaan di sana tapi kerja yg tertunda semasa kemangkatan sultan
di pinda ke minggu hadapan
jatuh pula masa time nak bercuti

nak tak nak pergi la juga
sempatla anak main permainan ini
dekat tasi allen



mak pak asben kata lain kali pergi satu keluarga .sewa rumah pula.. tapi masak sendirila.. kalau tak pokai la
kat atasni plg sikit makan pun mau rm 30 ke atas utk 4 orang

percutian hanya semalam tapi i ambil cuti rehat sampai 3 hari
2 hari rehat puas2 kat rumah
dan hari terakhir cuti .petang rabu tu 
abang i yang duduk kat penang datang ke rumah
tapi depa satu family dari kl.
lepas balik kursus katanya

berehat 3 jam di rumah i 
sempat mandi sauna kat rumah i
hahaha..sauna la sangat pasal airnya memang panas
inilah masalah tangki di atas bumbung kalau atas siling rumah takper ader bumbung di atas




cuti sekolah mengiringi mood malas nak menulis

Itulah hakikatnya
malas menulis sebab busy...
apa yang busy tak taula
sekaragni tengah tarik mood

tarik mood nak menulis balik...

Jumaat, 6 Jun 2014

aksesori gelang yang i ader


ini gelang mutiara yang i beli kat cikgu sekolah..
adir ipar dia orang sabah
family adik ipar dia bisnes benda2ni
carilah kat sabahtu jamilah jelewerries itu kedai mak adik ipar dia

jadi i pun cam orang2 lain ambil kesempatanla..
dah ader subsale yg murah2ni bolehla grab
jimat sikit

yang i beli ni tak sampai seratus kot

tapi yang gambar bawahni


agak mahal la juga ..tengok la batu sworsky (macam mana ejanya tak tau :) )
yangni kalau pakai malam  memang macam kilauan berlian 
sedangkan pakai waktu panas pun dah macam lampu disco je
ei...macam pernah gi disco je bunyinya


butang baju melayu aku maner Pah?

yg ni pun i beli utk asben
untuk anak pearl grey
satu lagi pearl grey utk pak mertua

sampai bosan la kena pakai butang baju melayuni
selagi tak hilang @ mati ekekeke
sebabnya tentu tahan lama ..hargapun boleh tahan

p/s :gambar butang ni dari mana tah i ambil..pasal nak bagi contoh haritu..sanggup upload
yang lain2 tu semua original gambar dari i.. 

ini ajer dua gelang hiasan yg i ada.. 
ada banyak2 pun tak berguna juga
yang dua ni harap kenduri je pakai
itupun kadang2 lupa


Rabu, 4 Jun 2014

foods : laksa


Haritu adik ipar buat birthday party anaknya
dah nama orang perak..menu laksa adalah HARUS
i memang peminat laksa

masa sampai rumah adik ipar..
tuan rumah takder ...
tinggal anak2 dgn sorang lagi adik

tempat utama dituju adalah dapur
buat macam rumah sendiri
masa sampai baru lepas makan nasi 
tak sampai setengah jam pun
dah merasa kuah laksa
tanpa di pelawapun
itu namanya hantu laksa

bila nak balik
adk ipar suruh tapau
hehehe memang nak tapau kuah laksa walaupun tak dipelawa

maka  dapatla makan laksa lagi
lagi lama kuah laksa di simpan lagi sedap rasanya
bagi i kuah laksa yg masak lepas semalaman baru seap rasanya



Isnin, 2 Jun 2014

piza segera dimasak dalam microwave

erk..
xtau nak cakap apa..
saya yang menurut perintah
rasa cam tak logik jer tapi i turutkan juga
macam arahan mandatori dari big boss..

dulu i pernah kena bebel ngan boss besar
masatu burger kfc..
beli malam tapi tak bermakan tuan punyer berger tido
so panaskan dalam microwave
pasal berger kecil, suhu panas sampai 3 minit
lastly berger jadi macam biskut lutut..
kering kontang..
biskut lutut macamtu pun sedap di makan ni dahla kering ..hangus plaktu
membebel la big boss

so haritu bigboss beli pizza segera
dia suruh masak
 pakai microwave 
i cam ..eh..karang jadi macam haritu kan naya je..
dah bigboss suruh..i buat la juga
walaupun masak tapi tak crispyla roti pizza..

microwave ni bukan boleh pusing dah
sebabtu nampak statik/cantik je gambar

Tatacara Berpakaian semasa 100 hari berkabung

hi..
ini kisah berkabung 100 hari
bagi yang tak suka usah pertikaikan (dok senyap-senyap aje)
i just nak story je..
sesetengah orang yg bekerja di jabatan kerajaan di negeri yg dimana sultannya mangkat
mungkin dah dapat pekeliling ringkas..
arahan yang rasanya...(ada yg ikut dan tak ikutpun)
macam di opis i...yang oldtimer person memang akan buat
ia..
ada keluar surat ..yang perempuan kena berpakaian gelap dengan tudung hitam
lelaki bersongkok dengan lilitan putih selebar 1 cm 
mention hanya lelaki dan wanita (bangsa or agama tak disebut ok)
yang muda mungkin ada perasaan memberontak
i muda lagi tapi semangat mengikut protokol tu ada lagi

pekeliling tak keluar lagi i dah pakai baju hitam tapi tudung kelabu

bila dah keluar pekeliling  i pakai tudung purple!!!!!!

erm.. korang agak2la.. cam nak gi kursus ke mesyuarat ker..ikut je arahan tu
berpakaian gelap ..
ikutkan perempuan pun bukan boleh berpakaian warna warni nanti menarik perhatian kan..
anggap jela gitu..untuk menghormati..

p/s: masa tengok live di tv 1 hari khamis haritu..i tengok ader ramai yg tidak mematuhi etika berpakaian menziarah almarhum sultan..tapi  dibenarkan ziarah juga asal tak berbogel kan..kan..kan
itu namanya masih ada budi bicara diistana perak..
dalm hati i ..apalah orang2 ni dah dibagitahu..takkan tshirt gelap tak ada, semesti hitam..asalkan gelap pun boleh kan.. coklat ke biru gelap ke.. macam sorang pakciktu baju kameja or batik biru pakainya...rupa2nya pak sedara asben.ekekekeke.. macam mana leh tak cam.. ada sekali tu nampak sepupu asben..
dan macam2 kaum kerabat asben pun ada .mak mertua lalu depan kamera pun i tak cam..ater semua dah hitam... mata hitam i pun jadi kelabu asap.. itulah semangat orang kuala kangsar...