nuffnang

Jumaat, 30 Mei 2014

mahu jadi penduduk tetap fraser hills


hi...
Sekarangni antara fraser hill ngan cameron highland 
i lebih suka pergi fraser hill
walaupun kawasannya suram tapi itu yg mendamaikan
puncanya adalah cameron highland dah makin sibuk dan cuaca pun kurang sejuk..
harapkan malam hari memang sejuk....

i pernah cakap kat asben ..apa kata kita pencen menetap disini
asben confirm tak setuju punya
memang dia suka cuaca di sana dan suasana 
tapi dia kata jauh dari kemudahan asas..
tapi orang lain rileks je duduk sana..

tapi kalau dapat peluang beli rumah or tanah disana 
memang i beli..walaupun duduk sekali sekala
nak2 dapat buat rumah style english/cottage..fuhhh

sebab itu sekarangni dalam setahun maybe 3 atau 4 kali i akan pergi sana
dapat menginap semalam pun jadi
dulu selalunya berulang alik saja bukan jauh dari rumah pun..x sampai sejam

jadi cuti sekolahni nak tido semalam kat sana macam biasa
anak dah cuti makpak jer yg kena apply cuti

bagi org kaki shopping memang xder apa di atas tu
tapi untuk i memang suka sangat walaupun terperap kat bilik je 
tapi suka yg tak dapat digambarkan

jum kiter gi fraser hill heheeheh


100 hari berkabung..


Sebagai salah seorang rakyat Perak
I turut berdukacita di atas mangkatnya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
teringat masa sekolah darjah satu ..kena hafal nama sultan yang panjang..
dan semalam merupakan cuti umum seluruh perak
dari pagi sampai ke petang i ikuti siaran lansung istiadat pemakaman sultan
tapi semalam masa nak penghuung siaran..
hujan dan angin lebat.maka terputuslah siaran astro...
mujur dah selamat dikebumikan baru siaran terputus..

maka selepas ini sultan yang baru adalah Sultan Nazrin Shah
Selamat memerintah dalam jajahan Perak
Biarpun apa yang berlaku 
Kami sebagai rakyat menyokong Sultan yang baru.
sungguh lega bila nama Sultan Perak yang baru di umumkan


Isnin, 26 Mei 2014

kitchen bohemian style


wah tak sangka i dapur bohemian style pun ader
macamni rupanya 
source : www.Pinterest.com




erm..tapi i tak minat ..huhu..citarasa tetap ala country or english..
yang pasti dapur i style messy hahahaha
bila la dapur idaman terlaksana ni...

decor : frame


i frame kan gambarni..
yg ni senget benget pasal saiz 4r
takper i dah print saiz 5r punyer 
baru nampak kemas
frame pun free..hadiah masa persaraan ex-boss
gambar i ngan x-boss dah ditransform ke tempat lain
dalam albumla 

frame ni i nak letak dekat dapur sekangkang tu
cadang nak gantung tapi saiz kecil sangat
nak letak atas freezer pun kecil..
lastnya i letak atas rak jajan tu

gambar nan ado..seharian semalam bateri kong..dan i malas nak caj through lappy
charger phone ilang huaaa..
i malas nak guna kamera badang hubby..

yang ni i tak transformer ke putih..
dah semua putih apa yg nampakkkan..
nanti terserlah warna penghuni didalamnya...



Isnin Yang Indah

hi mondays..

Ceriakan di hari isnin
asal ajer isnin asyik blues (malas masuk kerja ler teww)
walaupun semalam rasa kuciwa ..Piala thomas tak dapat jejak Malaysia
tapi kita orang tetap enjoy ngan steambot di ruang tamu
sebab itu perlukan tv di dapur..
eh..tak perlu kot dapur nya sekangkang ajer mana nak letak
kalau badan i size tripple mau berlaga vontot ngan en. hubby

hari isnin cerita baru di minggu baru
lusa sekolah dah start bercuti 
yeeehaaaa......
happy kan main walhal terseksa rasanya
sekolah ajer yang cuti ..yang bekerja tetap kerja


Khamis, 22 Mei 2014

throwback:zaman menyewa


i seorang pengumpul buku /majalah
tapi sampai sekarang mini library tak terbuat...
lihat bunga dengan pasu besartu
masatu tengah trend macamtu
mak i kalau datang rumah i takder masalah
dia bukan jenis tengok2..
tapi bila MlLdatang..hahahaa
siapla bila kita bertandang rumah dia
akan ada macam bungatu tapi versi lain la

itu dulu la...sekarangni Mil dah advance 
i pula yg tak terfollow..

masa dulu duduk se ipoh(semua satru kawasan ) memang sedara mara rajin datang..
dah jauhni susah bangat depa mau datang
jemput makan2 pun belum tentu nak datang
tak berbaloi katanya

lihatla meja nampak sipi2 sebelah pasu tu
kakak i no.4 datang rumah
sungguh dia terbekenan
tak lama lepastu i gi beraya rumah dia
nampak meja macamtu sebijik tapi saiz kecil
i pula menjelez pasal dia dapat kecil i punyak bapak besar
tak sesuai rumah sekarang
masa i menyewa kuarters dulu okeyla ..rumah aparment bentuk kotak yang
ini rumah memanjang..menyempitkan..


Decor : bathroom tagging


Hi...
Bukan main lagi tajuk ye bathroom tagging
macam la rumah i tu bak villa nak tagging mana 1 bilik air 
mana 1 bilik tidur..

Tapikan dekat pintu bilik tidur i memang ada papan kayu siap tulis ini bilik ibu dan ayah
tapi anak ader kesah..masuk tak ketuk pintu pun..main  terjah
anak zaman sekarang pesan banyak kali bukan dengar
kita dulu cukup takut masuk bilik orang tua atau rumah orang punyer bilik

throwback:
 rumah i kat kampung asalnya mana ada bilik pun
masa kakak nak kahwin baru buat 1 bilik tanpa pintu u all..
perkahwinan i yang ke enam walaupun  i anak bongsu dari 9 beradik
masa i tunang tu gigihla tambah rumah dan tambah bilik lagi satu
terpaksai buat personal loan.
dah ader 2 bilik weh tapi dua2 bilik tiada pintu
selamber je making love
zaman2 kakak i dulu ader juga kelambu pengantin
masa abang kahwin pula kakak buat pintu pada katil pengantin
time i kosong jer..yang ade langsir kat pintu bilik..

i nikah hujung 2003 dan kenduri januari 2004
pastu kenduri terakhir 2012 
abang no .5 baru kahwin
masani..adik beradik pakat share duit turun kan rumah atas ke bawah..
mak i dah tak sihat tentu susah nak naik atas
dalam perbaiki rumah kalini..bilik tetap cam biasa nan hado pintu
cuma bilik asal tu dah ada pintu tapi pintu cowboy..
swing2 gitu..kalau ngintai pun boleh 
tapi kita orang punya hidup rileks je..
yang bestnya katil kakak i yg first kahwin tahun 1985 (masatu umur i 5 tahun)
abang i yang kahwin tahun 2012 pakai katil yang sama
dia penagntin ke empat pakai..
yg lain pakai katil kayu tapi dah piung (buang) pun dah roboh..
so kiralah usia katiltu 2014-1985 (29 tahun )

so habis dah throw back..
gambarni i cadang nak letak kat pintu bilik ayaq
i cari kat pinterest gambarni pastu topup ayat jer..

to somebody belong this picture.. i copy ye.. don't be angry...

Rabu, 21 Mei 2014

color block ..ootd harini


teringat kenangan masa kerja dekat KL dulu
tahun 2002-2003
kalau gi kerja zamantu baju ngan tudung kena matching ngan handbag dan kasut
kalau biru biru semua tapi idokle biru senada
contoh baju biru gelap kasut biru mda..tudung ada biru2 sket ..handbag tengokla macam mana
zaman itula..
sekarang 2014..dah 12 tahun berlalu
maka usia pun meningkat
tapi biler sekarang color block.i pun nak try
hahhaa... td pun ader yg menegur wah..color block bukan blog ya
ader sesetengah orang persepsi color block itu color batu bata 
i pakai lagi warna2 macamni selagi takder yg memuji cantikla comel bila berlainan jantina menegur
kalau ader yg menegurtu memang i pakai yg suram2la kerana kita tak boleh menarik perhatian org 
tambah yang dah bersuami..

masa i di kl dulu masih bujang lagi..
mata i yang rabun ni i pakai contactlens..
dah bergaji besar dari kerja lama tapi beli contact lens dulupun masa gaji ciput..gigih main kutu 
ofcoz pasal nak beli handpone ngan contact lens..

tapi bila pakai contact lens.. ader memuji cantiknya mata..
walhal i pakai yg kosong..(tak tipu ini cerita benar mungkin ayat nak mengoratler tu)
so dia org nampak mata so bila pakai glass yg besar orang takkan terpandang kita
nampak huduh dgn cermin mata besar..
teringat masa sekolah menengah memang spek mata besar..huduh giler muker
kalau nak bergambar memang i buka spek..
takder nafsu depa nak pandang..bagus macamtu 
kecantikan tersembunyi untuk bakal suami saja...





Selasa, 20 Mei 2014

betul menggoda...


Harini i puasa
rakan sepejabat bawa buah mempelam
jadi pasal i puasa dapatla dua biji bawa balik
nampak buruk jer tapi bau nyer wangi..
betul2 menggoda.
kalau i ni kanak2 ribena memang dah terbuka puasani
ekekeke cam bese buat je

tapi dah tua2 ni
iman kental 
bau wangi ajer..

tapi tercabar juga
pasal betul2 letak tepi laptop ni

petangni berbuka makan pelam weh
kalau buat juz lagi bestni..

Isnin, 19 Mei 2014

decor : chest of drawer makeover


hi.....
hari minggu kan
konon nak bersenang lenang bila 
dua2 lelaki dalam rumah takder
sekalikann. anak teruna tak bagitau yg kem solat kena bayar rm5 
so dia tak bayar dia taknak pergi
takder la nak bersenang lenang

bila dah dirumah tau ajerlah..
pukul 9 pagi kawan dah terjongok depan rumah
eh..apa punya bahasa terjongok..

tapi projek tetap berjalan
bukan main hodoh almarini kan
penuh ngan sticker yg ditampal anak teruna
 dahla almari betul2 dekat sebelah pintu utama 
memang menyakitkan mata
i ingat nak cat tapi entahla bila nak beli catnya
so tampal dulungan baki wallpaper yg ada...
tapi kalau biar macamtu rupa almari diluar rumah 
mata akan sakit
kalau dah cantik risau pula jadi tumpuan
kalau  barang tak elok letakni ..pencuri fikir 3,4 kali..nak pecah rumah


yangni pula dia pun nyebok la sama 
nak dimarah binatang
bukan faham bahasa

macam asben i cakapla
anak kita ngan kucing lebih kurang perangainya
macam takut kena tinggal sesorang je
hahhaa..

macam satu malam tu tinggal berdua ngan anak eh.. bertiga ngan kucing sekali
masa i gi dapur ..kucing ngan anak elok jer duduk depan
sekali tu i ngan anak gi dapur..si kucing pun ngekor juga..

kalau i gi masuk bilik memang kucing ni tunggu depan pintu bilik punya..
setengah jam i dalam bilik setengah jam la depan pintu kata asben


erk pasal cerita almari tadi
tengah2 menampal...
anak balik dari main..
jam baru 10 pagi
kawan jatuh basikal katanya
ater balik la ke rumah dia bubuh ubat
boleh anak i jawab.. rumah dia takder ubat..
haila budak...satu kerja pula nak jadi misiku bukan kuza 
tolong apa patut pastu nak sambung kerja..
sekali gam habis daa....
siyes nak nangis bila kerja separuh jalan

elok2 kemas barang tiba2 jadi apek repair basikal
ini apek versi nyonya..

basikal budak tu rosak pula.. jenuh nak betulkan yang bengkok
lagi sedikit nak betul..tapi malas i nak buat..karang sekali tekan2 terus patah tak ke naya
kang i juga yg kena ganti
er.. korang bawa balik bagitau makpak korang

tgh haritu lagi i berhangin...tengok anak naik basikal budak lain
basikal dia budak yg basikal rosak bawa..
memetir kejap i tengahharitu
rosak basikal anak orang tak memasal kena ganti
yg basikal anak i tu pun dua bilah kat roda tu dah patah masa budaktu terlanggar basikal anak
i sanggup beli basikal cepat2 pasal tak suka tengok anak naik basikal kekawan ..
kalau rosak karang susah..
macam haritu
baru tak sampai 2 minggu tiub  basikal anak rosak langsung tak boleh baiki..
masatu time yg lenjan basikal tu semua kawan2nya..
jadi nak salahkan siapa..sebab i perhatikan budak yg paling besar naik timetu basikal tu pancit
tapi i tak boleh salahkan budak tu baru sangat dia kayuh...hahahah
maybe start pancit sebelum budaktu naik

dalam dah pancit depa nak bawa juga
mau tak i hangin.. 
anak i masatu entah kemana main ..kekawan nya yg tinggal kat rumah
tak pasal2 melayang rm15 ganti tiub baru
mahal pula tu pasal basikaltu tayar saiz besar
basikal pun baru 2 minggu pakai..
ni dah patah dua bilah besi
sebulan pun belum lagi umur basikal tu..
eceh..beli baru tak sampai sebulan koo..dah ghuper hapa

so.pasal lemari tadi ..cuti minggu depan la gamaknya baru siap..
balik kerja memang tak sempat 
nipun pukul 7 ptg belum tentu sampai rumah..
asben berkursus 6.30 ptg

Ahad, 18 Mei 2014

whatssapp..whatssapp weh...

hi...
hidup zaman moden ni
korang kena alert..
sekarangni dengan whatssappp la..line la..fb la
eh..tapi semua tu dah lama

i pun lama dah tau
duduk dibahagian IT kalau tak tau
memang kena sekeh la..

tapinya...
ini bukan tahap sekeh 
tahap kena kutuk
rakan sejawatan  semua dok tanya
akak bila nak on whatssapp
dahla fb pun jarang

malu la juga i..
nak whatssapp pun menebeng kat henpon pinky asben
itupun whatssapps ngan adikberadik asben ..tak berani nak whatssapp ngan kekawan
asal nak whatssapp ngan adikberadik/iparduai asben 
i akan mula kan mukadimah
" ini ciknyah"
so taula depa itu kakak ipar/adik ipar/ birasberas/
hehehehe...

dan tetiba rakan sepejabat buka group whatssapp pula
pastu depa mula tertanya -tanya
seorang pakar IT takder whatssapp????????
whatthe????!@##>!!!>

i pun cakap mana nak datang whatssapp
kalau pakai samsung corby II itupun anak yang punyer
siap anak ungkit lagi bila nak pulangkan henpon dia..

tapi i rasa masih sihat wal' afiat lagi walaupun takder whatssapps..bro!!

ini mengingatkan i ngan somebody ..
kisah lamapun..dan somebody tu pun telah merasa kehilangan tabletnya dirompak
semasa nak masuk rumah

somebody ni pakai tablet ipad apple
tapi banyakla function tak tau..
tanya i.. tapi tak bagi tengok or pegang dia punya tablet..
takut rosak kot... eh tapi macam mana i nak ajar
i pun kena godek2 dulu..bukan nya i diberi kepandaian tengok ajer dah tau nak solve problem
memang la i ada pakai ipad apple ni tapi takla mahir sangat nak solve macam helpdesk tu
tanpa tengok benda bagitau sekian2 masalah kita boleh bantu settlekan masalah
ini ipad kan

so bila orang nak minta tunjuk ajar tapi 
taknak bagi kta tengok memang payahla
i bukan bomoh leh telek apa masalah
so terus i jawab..
saya takder ipad 
saya tak tau guna..
phuii..menipula juga
hahaha
walhal tab samsung..ipad semua tu i dah pakai

jadi itu saja cara mengajar orang..
kita cakap tak reti sudahhh

sesetengah orang selamba je bg tablet dia kat i
tolong install game ..bawa balik rumah lagi
tak takutpun depa ipad barunyer bagi kat i
over confident je dia orang lepaskan harta mahal kat i
sendiri fikirla kerja satu jabatan takkan nak buat tahi kut...






Sabtu, 17 Mei 2014

hobi ; mengumpul screw driver


hi...
macam pelik jer kan hobby mengumpul screw driver
orang lelaki pun takkan buat hobi macam tu kan
kalau perempuan lagila peliksss kan
klimaxs sangat dengar hobi kumpul beg..kasut perempuan katakannn

i punya hobi..
entahla..
nak kata kasut ..ada dua pasang je..
dua -dua pakai harian
handbag pun ader satu..dah nyawa ikan baru tukar
abistu apa hobi i ye..

mengumpul skrew driver kot..
hobi  la sangatttt..itu dah memang kerja guna screw driver
pantang ke hardware macam cantik jer screw driver.. 
aa..bila kata screw driver tu cantik dan rasa nak beli kompom itu hobi dan habit

ini sebahagian di pejabat..dekat rumahpun ada..
kalau dekat rumah biasanya anak datang pejabat dia rembat bawa balik rumah
tambah yang berlampu memang cukup berkenan 
yang hilang entah kemana pun ada juga


kalau i pergi tesco ke pasaraya mana2pun ..kalau i dok belek2 bendani
mesti orang dok jeling2..
pehal gamaknya...
pelikker????

apa nak pelik kan..
okeylartu kan 
i suka belek tools bertukang 
asben i belek tools memasak
normal la tewwww.....
cer pergi daiso,  kedai dua hengget atau  kedai 4.99sen
semua tools memasak yang asben i beli..

tapi bila bertukang kat rumah asben i yang buat
bila memasak dia juga
bhahahaha yang tu memang tak betul




resipi ayam ketumbar

hi...morning
semalam i baca novel online
sekali dalam novel dia sebelum aku tu ader story pasal ayam masak ketumbar
tak pasal2 i google resipi ayam masak ketumbar
walhal kat rumah stok ayam takder
yang ada pun ayam segera
kita tukar resipi nak????
resipi daging masak ketumbar..
jap..i nak search kat google dulu...

eh... adapun resipi nya
tak sama dengan resipi ayam

takper janji daging ader stok

hm..
tapi adaker stok ketumbar dekat rumahni
serbuk jintan manis..
macam haritu dah piungggg ke tong sampah jer..
i kalau tak nampak tarikh luputnya memang i piung ke tong sampahla

erk..resipi ni ader tulis gula hitam weh..
gula apakah itu???
gula merah i tau la

hancusssla harapan..
harini goreng daging kunyit ajerla nampaknya..

best harini..tunggu asben ngan anak balik
asben ader pertandingan pingpong , anak ader kem solat
mak jadi queen kat rumah..

Jumaat, 16 Mei 2014

muka i comot...

ini kisah berapa hari yang lepas
selepas hantar anak ke sekolah
kebiasaannya i ngan asben ambil breakfast dulu sebelum masuk kerja

i kalau breakfast mesti roti tampal ngan kopi o ais
asben roti banjir 2 ngan air suam

boleh pula pagitu asben tegur
eh..naper teruk muka yang ni...
waaaa...rasa nak nangis bila asben tegur
bukan buang tebiat tapi perihatin pula 
dulu masa nak pindah rumah memang hancur sebelah muka i ni
sampaikan tak sanggup nak selfie dah
sungguh i ngaku sebelum kecoh pasal selfie 
memang sejak phone ada kamera ni mmg dah habit berselfie 
takkan nak harap orang yg tangkap gambar kita
kalau de sedara mara okeyla

berbalik pasal muka hancur...
sebelah kanan muka i diserang bisul dan jerawat yang dasyat
masuk umur 34 tahunni tiba2 jadi macamni
awal tahun haritu ramai jga cikgu2 yang tegur2
nape dengan muka???
terus i jawab jerwat ada ..bisul pun ada
scarry sampai tak sanggup selfie

Alhamdulillah sekarang dah okey
yg ader pun parut2 jerawat tapi takderla macam kawah berapi

tapi baru2ni naik balik jerawat kat sebelah itu juga
tu yg asben tegur..

ni dah okey pun..terus i sental sabun pencuci banyak2 
so tanggal dah kulit2 kusam/sel yg dah mati 

i cuma pakai 2 barang jer 
pencuci muka 
dan bedak 2way miyami


Makan free


Alhamdulillah
sungguh kenyang harini
dari pagi sampai ke petang ader je makanan yg masuk ke perut
semuanya percuma
pagi tadi ada potluck di bilik guru
petangni pun ada potluck juga
tapi di buat di dewan terbuka
cikgu2petang dan murid2 yang bawa makanan
siap tokey nasi ayam sponsor nasi ayam
untung weh ada anak peniaga time macamni
anak tokey kek sponsor kek

i pun sponsor gak sponsor perut untuk di isi
sekurang2nya tak membazir makanan 
hewhewhew..(gelak alaf baru)

hasilnya dapat la benda ini



hasil kerja budak tingkatan 2

kawan2 sepejabat pun cakap untunglar ada budak2 ingat cikgu..

terus kawan cakap.."selamat hari guru" dekat i..

i pun cikgu apa..tapi bukan cikgu ngajar bebudak sekolah
ngajar orang dikategori  makbapak budak lagi la susah dah tua agak liat...
huhuhu....

Hadiah Hari Guru



Pagi tadi masa subuh ..tengah mandi tu..
 sempat i fikir hadiah apa yg boleh i buat dengan kadar segera
i teringat stok2 tupperware yg disimpan..yang memang disimpan jika ada perkara kecemasan
tiba2 ade kenduri kahwin ,birthday ke dan macam hari guru ni
memang cari bajet yg sesuaila..

so tupperware inilah yang jadi hadiahnya..
i beli satu set dulu dalam 6pcs ada 3 warna
maka ada 3 lagi yg tersimpan yang tu confirm i nak pakai
lagi dua warna hijau dan merah dah dihadiahkan dekat cikgu yg duduk sebilik dengan i
haritu asben i pergi langkawi beli coklat so i masukkan dalam box tupperwareni
nampak comel  buat doorgift kan..
tapi tupperware ori so mahal la..setakat sorang dua mampu ler bagi ..

tapian nak buat hadiah guru takkan i bagi kosong camtu ajer
kebetulan haritu coklat kissess yg kirim kat kawan tak abis lagi
so i masukkan dalam tupperware pink tu

kalau cikgu yg sebilik ngan i haritu i bagi macamtu je..takkan nak berhias cantik2 kot

so untuk anak bawani
dalam masa 5 minit cam lipaskudung i buat

cari tupperware dalam store
pastu isi  coklat 
masatu kalut cari riben
mulanya tak jumpa riben 
jumpa plat baj dahtu color hijau pula
mana matching ngan pink..
punggah punyer punggah jumpa riben kecil warna putih 
jumpa bunga ros pink baki yang i jahit kat baju 
memang cantik sangatlar kombinasi

terus balik dan gam bunga  tu kat atas riben yg tersimpul..
memang comel (bhahahaha..puji diri sendiri)
pastu teringat letak kad ucapan 
tak sempat cari kat
jumpa sticky note warna hijau terang 
tulis ucapan dan bubuh nama anak , cukup  la
pastu stapler je dekat reben

siap dalam 5 minit itupun banyak masa 
di habiskan mencari bahan2

dah macam explorace di pagi hari

kalau ikutkan anak ..apa dia tau 
masa tadika dulu dia sebokla nak beli hadiah
masuk sekolah rendahni  dia siap cakap ..cikgu kata tak datang sekolah pun takper
weh.. i dulu tak pernah dengar cikgu cakap tak datang sekolah pun takper
biar betik.......!!!!!
anak zaman sekarangni..menakutkan
ah..takder2 pergi sekolah..
pantang i memonteng kerjanya
dulu i demam pun datang sekolah 
sampai kena hantar balik rumah

i buatkan satu hadiah cukupla..
kita pula fikirkan kesian kat dia..mana la tau kawan2 lain bawa untuk cikgu
dia pula tak bagi apa2.. kalau jadi i memang la sedih
tapi zaman dulu memang takder macamni ...
orang kampung kan ..hidup susah mana ader macamni
siap cikgu yang belanja anak2 murid
macam ustazah i masa i sekolah rendahtu siapkan buat baju sekolah untuk i..

sayang pula tadi tak ambil gambar yang dah siap cantik beriben dan bunga..






SELAMAT HARI GURU / HAPPY TEACHERS DAY


HI
Buat cikgu2 sekalian
selamat hari guru
tak kira guru semua orang adalah guru 
hatta mengajar blogging pun adalah cikgu



sehingga harini i still ingat guru2 yang mengajar i dari sekolah rendah hingga pengajian tinggi

buat cikgu Yusuf yang pernah menangis kerana kita orang ( nakal gamaknya)

Ustazah Halijah yang banyak membantu masa i darjah 3.
budi baik ustazah memang i kenang sepanjang hayat
i teringat lg sepasang baju kurung sekolah hasil dari jahitan ustazah untuk i 
siap bawa balik i ke rumah sewanya di pekan kerana nak ambil sukatan baju
itulah satu2nya rumah cikgu yang i pernah bermalam .

cikgu abdullah masa darjah 1.. kerana kegarangannya yang buatkan kita orang belajar bersungguh2
dulu kalau cikgu rotan takkan nak adu pada mak bapa pasal silap haribulan memang kena rotan lagi

cikgu rafi -cikgu yang sporting. malu i pasalnya .dia ingat rupa i  lg walaupun mengajar masa sekolah rendah
boleh cikgu tegur i dulu..hehehe..

dan banyak lagi cikgu2 yang lain

selamat hari guru cikgu

dan pagi tadi anak kata nak bagi hadiah kat cikgu aziemah katanya
pasalnya cikgu tu garang selalu rotan tangan dia ..punca kerja sekolah tak siap
hahahha..padan muka..buat la lagi kata ayahnya..
tapi bagus pun yang garang itulah yang dia ingat nak bagi hadiah..


Khamis, 15 Mei 2014

Tips jimatkan elektrik


hi ...

i nak share sedikit panduan jimatkan elektrik
supaya bil elektrik rumah anda bawah rm20
so tak payah bayarkan ..

senang ajer caranya..
pakai lampu dan kipas ajer
yang lain2 gajet elektrik tak yah guna
sure jimat
hahahahahaahha

mau kena lempang 444 kali macamni

gini ceritanya
tadi kat opis tanya kat cikguni
macam mana bil elektriknya okey ker
macamtu juga katanya dalam  rm130 setiap bulan
itu takder aircondtu
tapi dia cakap hari2 mesin kain siap sehari dalam 2 kali
iron baju hari2
laptop sentiasa on


i jadi musykil cikguni beranak kecil ker sampai banyak kain dibasuh..
tapi setahu i cikgu tu ader 4 anak termasuk dia suami isteri jadi 6 orang
kalau sehari puna pakaian muat kot 1 muatan mesin basuhkan

pastu i ngan sorang cikgu ni suggestkan la kat cikguni
on lampu ikut keperluan
kalau iron baju terus iron banyak2 then jgn la sorang iron lepas iron off iron,
 lepastu dalam 5 minit datang sorang lagi iron baju ..on balik
tang situ tenaga elektrik banyak digunakan
muatan mesin basuh baju pun jgn dibiar kosong sgt membazirjuga
blablabla...
kami bagi pandangan

dan cikgutu bagi tahu bil air dia pun dalam rm150 sebulan
ooeeemmmgeee..............
6 orang sampai rm150
mandi dalam bathtub kot
hewhewhew...
i cerita rumah i rm 16 saja bil air itu pun terasa mahal...heheheheheh
cikgtu terus cakap macam tak pakai air je..tanjat boboi ler tewww...
kalaulah bil air macam elektrik bawah rm20 free alangkah bahagianya.
.
dulu masa rumah lama ada 4 penghuni semuanya coz dulu adik ipar duduk sekali
plus ader kucing2 yg hari2 kena siram kandang .dua kandang pula tu
tu pun bil air baru rm38-rm45 sahaja.untuk 2 bulan okey

eh..dok sibuk bil elektrik orang..bil elektrik sendiri camner???
hm..dulu bil letrik i rm130 juga kadang2 cecah rm150
itu duduk 4 orang
tapi itu dulu
aircond hari2 on
air pemanas hari2 on
laptop on sentiasa
tv on 2 biji
pagi2 anak mandi ngan pemanas air

la ni
rumah i tak pasang pemanas air
nak masak air pakai dapur gas
anak pun xder nak mandi air panas
pasalnya air pun dah semula jadi panas
amat malang pasal tangki air di atas bumbung bukan macam rumah sewa
so kalau tengahhari mandi time cuaca panas memang umpama
mandi sauna la kekdahnya.
aircond i tak pasang lagi
sejak pindah memang tersadai tak berpasang
bila malam kat rumah baru okeyla sejuk
buka pintu sikit bagi udara masuk memang sejuk la nak2 time hujan
pastu i pastikan semua suis ditutup
tak tutup siapla kena bebel


jadinya bil elektrik bawah rm50 gitu..
itupun mahal pasal tv terlebih besar
kalau ada modal cari tv yg jimat elektrik pula
mesin kain yg kadang2 sawan..x boleh nak spin
asyik nak membasuh je..
rugi tang situ

kalau tinggal 2 beranak mmg banyakla bil bulan tu
kompom i on lampu banyak
pastu biar tv tengok kita..






Selasa, 13 Mei 2014

turbo chopper jenama tupperware

hi reader ..

ingat tak lagi kisah parcel yang i dapat
cett..bajet semua orang baca apa yang i tulis lertu..

sebenarnya inilah barang yg i dapat
bukan hadiah pun
just reward untuk diri sendiri
nak memudahkan urusan didapur

memang bagus kalau mencincang daging 
i jarang beli daging yg dah dikisartu..daging tu biasanya terlalu halus
kalau nak cincang sendiri memang ambil masa
i rajin (eh..belragak bunyinye) buat murtabak mini
kalau ada orang tempah banyak2 jenuhla i nak buat
jadi baru2ni buat lagi mertabak mini erk.mini mertabak kan
kalau ikutkan hati kentang2 tu pun i nak sumbat dalam chopperni
tapi tak cantiklak structure kentang tu.. 
tapi memang mempercpatkanla proses mencincang dagi dan bawang
just kentang terpaksa potong dadu cam biasa

tapi yang masalahnya korang kena hati2 la ngan blade dia yang super tajam tu
nak cuci pun kena hati2 
nak simpan pun berhati2 karang jumpa dek anak2 ..merbahayatu..

apa2pun kerja memang mudah dan masa dapat dijimat..

harganya jangan korang ingat rm2 pula
barangan tupperware beb..warranty pun ada..

yang ni i rasmi dulu... 
asal beli barang selalu asben yang rasmi dulu..hehehehe..




Isnin, 12 Mei 2014

Oat choco





selalu i merasa yang selalu hospital swasta bagi kat patient 
rupanya ada juga di jual kat kedai rm2 

Rm 2 only


Hi Readers..
baru2ni i pergi kedai rm 2.
i jenis tak kisah mana bershopping..kalau yg rasa takder kerlasss tu takyahla baca
heheh jangan marahnaaa...

entah apa tujuan ke kedai 2 ringgit pun tak ingat ler
bile dah sampai mata jadi rambang
dah tak tau nak pilih yang mana sesuai dan berkenan di hati
i rasa i ajer macamtu
hm.. anak pun sama
siap nak 3 set lego 
tapi yang musykil asben i ..dia lagi la memborong..
murah katanya..

benda yg sama i jumpa kat kedai runcit 1 peket rm3 or haritu ader beli 
dekat kedai di Cameron highland 1 peket rm3.50 tp kedai rm2 tentu la rm2 kan
tapi ada barang lebih harga ..takkan sekarton air kotak dapat rm2 
wah untung besar kalau dapat beli macamtu

bila time nak bayar total semua rm42.00 .eh tipu yer..kata rm 2 je
hehehe 1 barang mmgla rm2 tp kalu dah sebakul mau tak banyak amaun yang kena keluar

kopi peket yg selalu asben minum tu sampai 5 peket dia beli..

 pilihan asben tempat letak berus gigi katanya


 ni i yg nak

 tak jadi nak buat pasal beli pun murah

set ni rm 2 only

ader banyak lagi barang di beli..tapi barang biasa2 je


Ahad, 11 Mei 2014

today hari ibu

morning...
today hari ibu..
tapi i mcm biasa2 je..
hari ibu pun kerja kena buat
mana ada istilah  cuti  kecuali memang malas nak buat.

apapun 
selamat hari ibu kepada semua ibu2 didunia
buat mak i ..selamat hari ibu " i love u"
buat mother in law " selamat hari ibu juga"
mcm mak2 kiter tu leh baca blog..
- hewhewhew -

Jumaat, 9 Mei 2014

kucing jadian

hi readers..
i totaly rasa nak muntah-muntah
bukan loya wek-wek tu yang 9 bulan akan keluar baby
ini rasa nak muntah pasal cuaca yang terlalu panas
jadi banyakkan minum air baru tekak rasa okay

erm..sekarangni musim kucing ehem..ehem..
hahaha..dalam fesbuk pun ramai kekawan dok kata
stray cat yg jantan datang ke rumah nya 
dahla datang dengan group .haih ingat manusia jer de gang kucing pun ader gang
pastu datang rumah orang cam gangster ngorat anak dara berbulu 
dahtu eksyen memancut sana sini sapa tak hangin
kawan i kata kucing jantan dia plak gi merayap entah kemana
tapi kucing jantan sendiri tidakla memancut
amboi bila memancut tu ingatnya dah jadi kawasan depa gamaknya.

erk..kat rumah pun ader sekor betina 
mujur yg dtg menganggu tu sekor ajer tapi dah memancut 
haih geramnya.. 
si ne yg i cerita dah beranak tu tapi hayat anaknya 2 hari je.
takpandai nak urus anak lertu..

pastu bila datang si jantan nak mengayat ni'
i naik seriau je..
kawantu baru jer\ baik sakit lepas beranak 
lebih seminggu juga berdarah
sekarang cam dah okay
karang tak memasal bunting lagi
kalau pandai jaga anak takperla
ini nak beranak pun susah
nak menjaga pun tak pandai..

tapi i bukan nak cerita bab itu 
ini pasal si ne juga
dah macam toyol je
asal makanan xder mula menggigit kaki orang
semuanya start masa dia bunting haritu
masa bunting tu memang kuat makan
sikit2 nak makan
bajet macam anak gajah dah

lepas beranak haritu kurang dah melantaknya
tapi dua hari ni adalah terlupa isi makanannya sebelum tido
dalam pukul 3 pagi macamtu
dia mula mengacau i tidur
i malas nak layan mengantuk
agaknya tak dapat makanan jari kaki i di gigit
kalau sekali takper tapi dah berkali2
mau tak sakit
gagah juga la bangun bagi makan\
lepas dapat makan terus senyap

ini budak bulu memang melampau 
tak bleh tahan la macamni
lambat makan jer mengamuk
yang mangsa i sorang jer
lagi 2 orang tu takder plak nak di gigit nya


erk....ini bukan si budak ne tapi chevis yang dah tak nak pulang ke rumah..rindu sama dia..masih tingal dkt rumah jiran di kediaman lama...kalau dia dah dapat bangku ..memang orang lain tak boleh tumpang

Rabu, 7 Mei 2014

BULAN KELIMA

HI READERS...LUV U ALLS

yeay...happy dalam macam2 masalah melanda
terus i rasa nak pakai tagline Nora danish..
" KITA ENJOY"
jangan susah hati dengan masalah
masalah kena selesai satu persatu
kita yg cipta masalah maka kita selesailah sendiri
sambil berusaha sambil berdoa dari Maha Yang Esa
minta dijauhkan dari segala masalah

Lupakan masalah 

masuk dalam store masalah dulu

jum kita buka topik Bulan kelima

dah bulan kelima menetap di kediaman sendiri tapi still sewabeli lagi 
habis hutang barulah rumah sendirikan..
i bukan orang poket tebal yang mampu beli rumah secara cash hatta nak beli 
mesin basuh pun pakai installment.er..tapi sekarang mesin basuh pun ader murah kan..

dah bulan kelima..masih takder perubahan apa2
banyak perancangan k.i.v lagi
konon2 nak tunggu bonus hujung tahun tapi sejujurnya tak berharap bila negara dilanda musibah
maka nak menabung pun tak terbuat yang ader pun dikorek ekekeke..
tipula korang kalau kata life korang senang je.. maybe ada yang senang because dari family berharta
macam i dan asben ..membina hidup dengan kudrat sendiri 

cuma untuk menyedapkan mata
yg lama di cat baru ..hehhehe
make over barang lama ni seronok juga kalau menjadi

eh..tiba2 dapat parcel...
nak tau apa isinya ..
nantilah i cerita
cuma gajet di dapur ajer..
untuk memudahkan kerja



Aiskrim Goreng


Hi readers

macam dorayaki jer eskrem goreng 
i beli ready made jer..
6 pcs rm.10.90
kerana anak nak juga ..belila
bagi merasa
kalau rajin buat sendiri pun boleh tapi M yang kuat baik beli siap
8 saat untuk goreng dgn minyak paling panas
tapi i goreng lebih 8 saat kot.. lambat sangat perang (bg nampak garing)
sudahnya aiskrim dalam cair..tak sejuk sangat
tapi budak apa tau kan janji dia dapat makan
6 pcs jer..untung la dapat makan 2 orang je..asben i tak suka eskrem..


Selasa, 6 Mei 2014

eh.. stress la


memang stress
kerja menimbun la pula 
minggu ni
dengan masalah peribadi lagi..
aish...

Ya Allah lapangkanlah hatiku ..

\

Isnin, 5 Mei 2014

tea-time: Roti tapak gajah


salam/ hi readers..
cuti hari buruh haritu terus bersambung cuti tahunan
hehe pastu sambung cuti mingguan
tapi bukan cuti berehat pun..
cuti mengemas rumah..adaka patut dah dekat 4 bulan berpindah
baru nak angkut barang2 rapak dari rumah sewa lama
dasar M yang kuat
ni pun tak abis mengemas lagi 
ikutkan i nak buang je barang2tu
erm..tau jerla orang tu ..banyak barang kesayangannya
tapi pakai pun tak..
grrrrr.....
kalau tak guna juga mau dalam setahunni i ambil satu2 and buang la..
jangan sampai tuannya sedar..sudah..

erk...
tea time kita orang dalam cuti haritu..


tada.....

roti tapak gajah @ rasanya orang panggil roti puri kot

roti ni digoreng ngan minyak banyak




ini makanan mak i suka buat masa dia sihat dulu..
arwah makcik i , time anak2 dia balik kampung mula la..antar tepung suruh mak i buat roti ni
biasanya makan ngan sambal ikan bilis sedapla
dulu mak i buat memang sedap..lembut..dan tak muak

tapi i buat hahhahaha..
crispy okayla...anak pun suka tapi i rasa  muak ..
huhuhuhu
asben i kata dia tak pernah makan..
walaweh takkan tak pernah makan kot..
sepuluh tahun kahwin kot..mak i tak sihat pun baru 2-3 tahun..
lepastu kakak pun ada buat juga..
ni i pun tengah belajar nak buat

buat dalam 10 doh.. goreng 7 dan baki i biar perap..esok pagi goreng atas kuali leper
dah jadi macam roti canai plak yg baki tu

bila balik kampung nak menuntut ilmu dari mak.
nak dapatkan yg betul2 sedap..

Khamis, 1 Mei 2014

yeay...cuti hari buruh

hi uols..
morning sunshine
tengah berehat2 ye..
hari hari buruh..
macam tak best jer bunyinya
sekarang kan sebut hari pekerja
eh..hari pekerja cuti untuk org2 bekerja
budak2pun cuti juga yek..
kehkeh...kalau gi skool sapa nak ajar
cikgu-cikgi pun cuti

hm..ibu2 harini bercuti juga ke??
bercuti masak ..membasuh..mengemas..
phew...i tengah memikirni
nak buat kerja rumah ke tak ni..
aisey....

rileks.kerja rumah..rileks..kerja rumah..hm...