nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Bilik Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bilik Air. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

Decor bajet di bilik air utama

Dah Lapan bulan duduk rumah sendiri
bilik air utama ni tak der buat apa2 untuk penyeri
hatta tempat penggantung towel pun takder
bukan takder bahan ,  besi2 tu ada...kalau tukang pasang nya malas
jangan dipaksa

dalam bulan 9 haritu
ramai la tetamu datang
datang tak tidur pun ada 
tapi tetap tumpang mandi
pandai2la sangkut tuala kat mana2
kejam tak tuan rumahni

dah tu cermin pun tak disediakan
eh cermin tak pentingkan

elok selepas family datang
i push juga the arjuna untuk pasang semua tu
okey cermin dan rak kaca done..
tang besi gantung tuala pun belum buat lagi
selalu bilik air utama ni i yang guna untuk mandi 
takpun buang air...
anak pun sama ... arjuna rasanya tak pernah guna untuk mandi kot

dlm tengah bulan 9 pasang
ni bulan 11 baru i nak touchup sket
memang sikitpun..
i bubuh bunge hidup je 
pasu i rembat dari doorgift orang kahwin
dari tak berpakai baik i guna isi pokok

berbalik pada asal..bajet untuk decor adalah ciput..
banyak guna recycled just keluar rm 4-5 kot
untuk beli kaki besi tu la

 dulu cermin di bilik air dalam bilik tidur adalah cermin sponsor
kalini cermin D.I.Y oleh my Arjuna
cermin dari almari yang di buka haritu
bahan2 pengikat cermin semua di recycled lebihan dari benda yang tidak diguna dah
kaca untuk rak pun dari almari yang dibuka
sesiku l tu ajer beli baru
oo.. i cadang nak beli cover penjuru unuk kaca ini
kalo tak ada yang berlaga nanti
lokasi nya betul2 di tepi pintu bilik air
amat berisiko untuk terlanggar especially bebudakla
karang ada yang terluka


 serupa ajer di atas gambarnya
lastly i cangkukkan hook kat besi tingkap keciltu
bolehla buat sangkut tuala


 pasu comel ni ada tutup bentuk epal
dari sekadar kosong gitu 
so  i rembat sebji dan letak daun keladi ni
cerah kacanya senang nak pantau
mana tau encik jejentik mai plak
so far pasu2 ni i sentiasa cek tak pernah jumpa jentik2 lagi
rasanya faktor cuaca dirumah kot
bertambah lagi lokasi untuk di awasi
ada 4 pasu semuanya..






i sediakan yang asas untuk i guna ajer..
pencuci muka pun i tak letak
di pagi hari tak perlu berebut bilik air...


tile warna coklat suram..hettthis
dah zaman terkini pemaju still guna warnani
kelabu ke cantik gak
dan yang x puashati masih tak dibaiki lagi paip yg rapat ke dinding
buat2 lupa ya... 



Jumaat, 13 Jun 2014

Hiasan di bilik air di bilik tidur utama siri 2


Sebenarnya takder pertambahan apa2pun just letak pokok hidup jer..
semua orang ada citarasa masing2 kan
i pun ada tapi maybe setengah orang tak suka pasal nampak semak
sebabnya citarasa i adalah letak barang kat luar tak suka tersorok2
 rasa macam buang masa disitu bila nak ambil sabun pencuci muka kena buka almari
ek..tak kuasa rasanya
hahaha.. jadinya macamnilah nampak penuh atas rak kaca..
cuma rasanya nak juga kabinet tahan basah di bilik air
nak buat stor untuk stok syampu,sabun dan yang seangkatan macam kapas muka
asal nak guna cotton ni kena keluar bilik air ambil kat meja solek..
rasa cam buang masa di situ pula..haish....
tempat sabun tekan tu i buat tempat sabun mandi 
dulu bersepah2 berus gigi ngan ubat gigi
ada kat atas sinki dan ada atas rak kacani..
lastly gi kedai 2 hengget jumpa bekas pink tu 
selang berapa hari pula pergi kedai 2 hengget lagi beli tempat letak sabun mandi ketul
letak kat sudut shower


Korang rasa tak pelikker tengok tempat gantung tuala ni..
i yang memandang nya pun rasa macam stress
tapi sabor jela ini pilihan asben
dia kata senang nak capai yang kat belakang kalau pasang macamni
lagipun dia yg pasang..karang dia buka balik dan suruh pasang sendiri pula ..lagi la parah..


bilik air kat belakang still hold in progress.

Khamis, 22 Mei 2014

Decor : bathroom tagging


Hi...
Bukan main lagi tajuk ye bathroom tagging
macam la rumah i tu bak villa nak tagging mana 1 bilik air 
mana 1 bilik tidur..

Tapikan dekat pintu bilik tidur i memang ada papan kayu siap tulis ini bilik ibu dan ayah
tapi anak ader kesah..masuk tak ketuk pintu pun..main  terjah
anak zaman sekarang pesan banyak kali bukan dengar
kita dulu cukup takut masuk bilik orang tua atau rumah orang punyer bilik

throwback:
 rumah i kat kampung asalnya mana ada bilik pun
masa kakak nak kahwin baru buat 1 bilik tanpa pintu u all..
perkahwinan i yang ke enam walaupun  i anak bongsu dari 9 beradik
masa i tunang tu gigihla tambah rumah dan tambah bilik lagi satu
terpaksai buat personal loan.
dah ader 2 bilik weh tapi dua2 bilik tiada pintu
selamber je making love
zaman2 kakak i dulu ader juga kelambu pengantin
masa abang kahwin pula kakak buat pintu pada katil pengantin
time i kosong jer..yang ade langsir kat pintu bilik..

i nikah hujung 2003 dan kenduri januari 2004
pastu kenduri terakhir 2012 
abang no .5 baru kahwin
masani..adik beradik pakat share duit turun kan rumah atas ke bawah..
mak i dah tak sihat tentu susah nak naik atas
dalam perbaiki rumah kalini..bilik tetap cam biasa nan hado pintu
cuma bilik asal tu dah ada pintu tapi pintu cowboy..
swing2 gitu..kalau ngintai pun boleh 
tapi kita orang punya hidup rileks je..
yang bestnya katil kakak i yg first kahwin tahun 1985 (masatu umur i 5 tahun)
abang i yang kahwin tahun 2012 pakai katil yang sama
dia penagntin ke empat pakai..
yg lain pakai katil kayu tapi dah piung (buang) pun dah roboh..
so kiralah usia katiltu 2014-1985 (29 tahun )

so habis dah throw back..
gambarni i cadang nak letak kat pintu bilik ayaq
i cari kat pinterest gambarni pastu topup ayat jer..

to somebody belong this picture.. i copy ye.. don't be angry...

Khamis, 12 Disember 2013

Aksesori di bilik air ..

Ini gambar zoom fokus... hehehehe


cadangnya hujung mingguni nak touchup sikit ..ingat nak letak hiasan yg segar bg menarik sikit..

Rabu, 4 Disember 2013

macam mana nak hilang kan kusam di lantai bilik air

mmg tidak berkenan dgn corak tiles didinding bilik air utamani.
x menarik langsung
kalau de modal mg nak tukar je .
mmg sabar jer...lgpun membazir pun tunggula hilang seri nanti..

sekarangni dinding ni okey berkilat2 dah
tapi lantai ..dah berus banyak kali mop banyak kali 
dan siap pakai shining floor jenama cosway pun..
macam x jadi jek..macam kesat je..eh kesat tu mmg original 
tp napa cam suram .. lenkali pi lawat rumah nak gi ambik gambar sbg bukti ..