nuffnang

Isnin, 2 Jun 2014

Tatacara Berpakaian semasa 100 hari berkabung

hi..
ini kisah berkabung 100 hari
bagi yang tak suka usah pertikaikan (dok senyap-senyap aje)
i just nak story je..
sesetengah orang yg bekerja di jabatan kerajaan di negeri yg dimana sultannya mangkat
mungkin dah dapat pekeliling ringkas..
arahan yang rasanya...(ada yg ikut dan tak ikutpun)
macam di opis i...yang oldtimer person memang akan buat
ia..
ada keluar surat ..yang perempuan kena berpakaian gelap dengan tudung hitam
lelaki bersongkok dengan lilitan putih selebar 1 cm 
mention hanya lelaki dan wanita (bangsa or agama tak disebut ok)
yang muda mungkin ada perasaan memberontak
i muda lagi tapi semangat mengikut protokol tu ada lagi

pekeliling tak keluar lagi i dah pakai baju hitam tapi tudung kelabu

bila dah keluar pekeliling  i pakai tudung purple!!!!!!

erm.. korang agak2la.. cam nak gi kursus ke mesyuarat ker..ikut je arahan tu
berpakaian gelap ..
ikutkan perempuan pun bukan boleh berpakaian warna warni nanti menarik perhatian kan..
anggap jela gitu..untuk menghormati..

p/s: masa tengok live di tv 1 hari khamis haritu..i tengok ader ramai yg tidak mematuhi etika berpakaian menziarah almarhum sultan..tapi  dibenarkan ziarah juga asal tak berbogel kan..kan..kan
itu namanya masih ada budi bicara diistana perak..
dalm hati i ..apalah orang2 ni dah dibagitahu..takkan tshirt gelap tak ada, semesti hitam..asalkan gelap pun boleh kan.. coklat ke biru gelap ke.. macam sorang pakciktu baju kameja or batik biru pakainya...rupa2nya pak sedara asben.ekekekeke.. macam mana leh tak cam.. ada sekali tu nampak sepupu asben..
dan macam2 kaum kerabat asben pun ada .mak mertua lalu depan kamera pun i tak cam..ater semua dah hitam... mata hitam i pun jadi kelabu asap.. itulah semangat orang kuala kangsar... 


Tiada ulasan :