nuffnang

Khamis, 27 Mac 2014

Cerita pasal rumah

Memang menyakitkan
menyakitkan hati
Kalau kita dapat rumah yang tidak perlu buat aduan kerosakan 
tentu hati dah senang

ini pasal rumah i
Sangat kagum projek fasa 3 cepat siap
tidak macam satu lagi projek perumahan yang pernah asben and i cadang nak beli
projek rumahtu dah siap cukup2 masa
tapi CF tak dapat keluar lagi...
so dengan itu pemaju telah berjanji nak bagi pampasan kerana dah due dari tarikh perjanjian
okeyla sekurang2nya dapatla juga duit walaupun perit kot bg sesetengah orang
duit rumah dah kena bayar bagi loan goverment yg bank pun dah mula bayar penuh.
rumah sewa pun kena bayar ..pampasan bukan bg kejap2 itu.. mau makan masa juga..
HAZAB sikitla

aip..lari topik rumah plak
rumah i tu mmg kagum la cepatsiap..
patut awal 2014 tapi bulan 6 2013 dah siap..
bulan 8 dah kena potong gaji..

tapi malangnya ...
dalam banyak2  rumah , rumah i adalah salah satu rumah yg kena di perbaiki..
nasib/takdir gitu lah gamaknya
tapi tak kisah la masih ada jaminan 2 tahun

dari bulan 10 tahun 2013 buat aduan kerosakan
siap print gambar yg mana perlu diperbetulkan
adala datang buat tapi yg minor saja
yang besar tak buat lg

kita sabar la maybe xder stok tile 
tapi bila fasa 4 yg dalam pembinaan dah ada pasang tile 
aip..tentu stok dah aderkan..
so bulan 1 2014 i contact lagi sales person
pada masatu depa takder bg lg no phone bahagian kerosakan
apalg salesman yg jual rumah la kena perosah kata orang perak

boleh la salesman tu kata ada 100 lebih aduan yg dia orang kena handle 
dan bermakna lepas 100 lebih aduan baru nak layan aduan i dari bulan 10 tahun lepas!!!!!
tapi masa tu datang la juga pekerja subcon ni 
datang check lg..
then bila datang lagi tambah lagi aduan ..
bhahahaha
kan i ader tunjuk table top i yg runtuh dia punyer tiles..(huh..ayat)
nampak sangat kerja tak buat betul2

pastu adala 1 dua tiles kat lantai..bila pijak terasa ruang kosong
kalau terhentak benda keras kompom pecah tiles tu
sebab itu ada orang sebelum masuk rumah dia org akan ketuk sekeping2 tiles tu
macam asben kawan i dia check tile rumah 1 per 1 ..so hasilnya lebih berpuluh keping kena tukar baru
puncanya simen untuk lekat tiles tu tak rata.

so walaupun kagum rumah cepat siap tapi hasil kurang memuaskan buat apa
kerja ontime takper janji kemas ..sekarang siapa yg rugi???
pemaju la  juga dah keluar belanja untuk baik pulih..
i pun rugi asyik nak call suruh datang repair .hehehe
rugi duit rugi masa menunggu.. 
bila kata nak datang repair tak datang pun

boleh plak kata akak jangan la marah2
haip..sabar dah tinggal sekerat weh..
korang buat i tertunggu2..dan terbuang masa begitu saja..
takder nak pohon maaf.. cer call bagitau tak dapat datang
sekali buat mcmtu  okeyla ni berkali2 buat macamtu
ingat i penunggu gua ke!!!!
bila ditanya bg pula alasan ada projek kena urus kat daerah teluk intan
haish..lagi la angin.....
dah la pergi projek lain...dahtu tak nak maklum x dapat datang...
sebenarnya buat lagi i bertambah naik angin
sebelum dia bgtau ada projek laintu.. dia ada mesej 
pekerja subcon nak dtang rumah
pastu i jawab ok..then msg lg sekali bagitau dalam 5 minit ..asben onthe way td dia breakfast
boleh sales tu mesej
suruh asben akak cepat, subcon sebok dia org tiada masa nak tunggu pasal ader kerja lain.kalau dia org tengok takder orang dirumah dia orang balik

amboi...boi..boi..asam boi 
lima minit tak boleh nak tunggu

i yang satu hari dari pagi ke petang tunggu pada hari sabtu
boleh bersabar,, ini memang kurenggg...
- haritu i saja x nak call pekerja subcon  tu..nak tunggu ajer seperti yang dijanji-
maka janji tinggal janji la..

maka dgn nada angry bird i sound balik (dalam mesej jerla)
"asben akak on the way la.. takkan 5 minit tak boleh tunggu. sabtu haritu sepanjang hari  saya tunggu xper pula"

lepastu baru dia bgtau subcon dia org x cukup orang dan sabtu dan ahad lepas dia orang ade rojek di teluk intan.

terus i sound  balik
" itu saya x nak tau.u all punyer masalah. dah janji tapi tak datang. takder ke fikir rugi masa saya"

boleh dia mesej.. tak perlu marah kak. sekarangpun sub con tgh nak buat.dia minta maaf.

siapa tak marah...
sepanjang hari kita tunggu ..tak datang2 dan tak bagitau,   kita senyap je malas nak bising2.
then bila kita minta tunggu 5 minit ..boleh kata tak boleh nak tunggu2 suruh cepat sikit

siapa tak naik hangin kalau macamtu..
masa dia je penting masa kita terbuang takper..
terusla i ungkit.

terus i sound setepek dalam mesej..

malas i nak call2 ..main mesej je..
mesej ader bukti..kalau call takder bukti..

rezeki i x berapa elok walaupun projek rumah cepat siap tapi dapat pula rumah yang kena repair
ader je orang lain rumahnya elok 

anginsatubadanrasanya






Tiada ulasan :