nuffnang

Isnin, 17 Mac 2014

Bila Mama pakai kain Batik..ulahoppp...aulahopp...

Gini kisahnya
I cadang nak gi buang sampah kat luar rumah..
masatu around 6.30 pm
bawalah sampah seciput tp kalau biar baunya memang semerbak
dahla kita org se family selalunya tidur di ruang tamu
dapur pula open
mau tidur malam bertemankan aroma yg enak
masa nak buka kunci pintu 
tiba2 anak teruna tak baligh tu dok tegur
"Pelikla tengok ibuni"
"Kenape??" 
kehairanan juga..
"tak pernah tengok ibu pakai macamni" sambung si anak lagi.

argh..malas nak layan teruskan misi membuang sampah

masuk2 dalam rumah kutip plak kain untuk di basuh..
tiba2 si teruna ni dok tercegat depan pintu bilik
"ibu tak payahla pakai macamni nampak pelik jer" 
kena tegur lg...
terkebil2 mata  i, tapi i buat tak layan

dalam pukul 7 pm tu asben balik
masuk2 rumah je
" eh.. kenapa petang ni lain macam"
asben pula berbunyi
i pun hairan terus menyampuk
" apa yang lain macam biasa la..xder gaduh2 pun"
bhahahaha target i ingatkan asben fikir i ngan anak bertekak
asben i tu stress bila tinggal bini dia ngan anak dia..
mesti nak bergaduh punya
sudah macam mak tiri dngan anak tiri...

 "ni mimpi apa berkain batikni..macam pelik ajer"
aankpun menyampuk" tu la ayah..didin dah cakap kat ibu tadi"

oooo..pasal kain batik rupernya
tadi anak menyoal ni bapa nya pula..

Salahkah daku berkain batik sekali sekala...

maka semalam adalah hari bersejarahla anak berank tu tengok i berkain batik..

dan tiba2 teringat masa muda belia..
masatu time kenduri kecil kat kampung..
balik kg. lupa nak bawa balik baju kurung..yg ader seluar 3 suku..
masatu i ni separa2 rupa..jantina jer perempuan tp perangai....biarlah rahsia..cett...ngaku jela tak minat berbaju kurung.
so kalau dah kenduri takkan nak berseluar 3 suku..
pakaila kain batik...konon nak sopan
so sekali kakak paling tua sound
"daripada ko pakai kain batikni aku rela tengok ko pakai seluar pendek tu"

agaknya memang hodoh ruper i pakai kain batik 
tp yg tukang sound tu pun x pandai pakai kain batik juga kehkeh...
tapi sekarang dia dah macam terror la pakai 



Tiada ulasan :