nuffnang

Khamis, 12 November 2015

3 TIER RACK


Sebenarnya dah lama beli rak 3 tingkat ni..tapi kan kelesuan nak menulis tu mengatasi segala2nya..

selalu sangat tengok rak orang kat dalam fb. tgk org punya yang takde sticker bunga. kebetulan haritu jalan2 kat kuala kangsar..ikut husband cari keris. jumpa la rak ni dengan harga yang tidak disangka2.. i taktaula kualiti dia bagaimana.. tanpa fikir panjang terus jadi je...

dah selamat pun isi barang.. makcik yang jual rakni dok kata ..sesuai isi cd2..
tapi i letak kat dapurla.. letak stok2 spt sos. makanan2 dm tin.. bekas tepung pun i letak juga

....bye....

Rabu, 4 November 2015

lama tak bersiaran

hi peeps...

lamanya tak menyonteng dalam ni

macam2 yang berlaku...
nak story pun dah basi..
jadi kita buka buku baru..
ini semua gara2 notebook rosak...
nafsu menulis pun kedaung

k bye

Isnin, 3 Ogos 2015

Salam syawal

Sungguhnya amat ketinggalan nak mengucapkan selamat hari raya..

First time update blog guna android.. laptop masih belum dibaiki

Layan je gambar open house rumah I 








First time buat ..kelam kabut rasanya pasni leh bajet dah

Rabu, 1 Julai 2015

RAMADHAN DAY 14

hi...
sihat uolss
yg berpuasa macam mana

dah nak separuh bulan ramadhan
tentu sekarangni ramai yang sibuk buat biskut raya
yang buat sendiri atau yang order2 pun sibuk juga
sibukla juga nak memilih yg mana nak dibeli
bagi bujang mungkin tidak berapa kisah sangat
yg dah bekerluarga kalau meng order biskut mesti dok memikir banyak
untuk dirumah ..untuk keluarga sendiri dan untuk keluarga mertua sekali sebagai buah tangan
paling tidak sejenis dua mesti bawa balik kampung. 

seperti 11 tahun yang lalu
ececeh... lumrah ye... mesti order je
tak reti nak homemade biskutni

biskut dah order..kerepek pun main order dan special order adalah kelamai
kelamai ni sejenis lemang orang Rao...

dan tahunni merupakan tahun kedua beraya di rumah sendiri
seronok memang seronok bila beraya dirumah sendiri walaupun hakikat masih membayar bulanan kepada pinjaman perumahan ..
rumah tetap sama takder penambahan apa2.. 
langsir nampaknya langsir sama seperti 6 tahun lepas
berjimat cermat sungguh...

hatini susah bila laptop still tak diperbaiki
guna laptop lama ni terasa malas nak upload gambar..
sudahnya nak menceceh pun malas dah..

kayla bye kipidap




Khamis, 18 Jun 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..and hi friends

# to all muslim ..selamat berpuasa..

# Selamat menunaikan solat tarawikh..

#Alhamdulillah Tarawikh pertama done....

# Puasa pun rasa segar..yela hari pertama ..

# kalini berbuka serba sederhana....hati masih berduka

Khamis, 28 Mei 2015

Rindu nak menulis.........

Apa khabar dunia...

Selepas pemergian arwah abang tiba2 je jadi kelu..tangan pun tak mampu nak menaip... semua seakan tak mampu dilakukan... hati yang terkilan menjadi punca.. jenuh nak mredhokan hati sendiri.. luka didalam sukar di jahit..

Dalam pada itu ... kesibukan dengan kerja adalah satu faktor penyumbang juga..

Kini bila hati dah lapang ..notebook pula bermasalah..dugaan sungguh... harddisk dah kong... belum diganti lg.. bila menggunakan notebook yang lain rasa tak sama.. jiwa belum masuk...hahahaha banyak punya alasan

harapnya mood bercuti tiga hari nanti mampu menyegarkan minda..terapi jiwa adalah bercuti di tempat sejuk tapi timing salah bila pergi masa cuti sekolah.. harusnya kawasan tu jadi sibuk... selalunya tempat bercuti yg menyenangkan jiwa i adalah di fraser hill... lantakla org kata apa..tp situ memag best..walaupun x ada apa2 sebab sunyi...suka percutian begitu

cukup sampai di sin sahaja..lainkali kita mencoret lagi

Selasa, 21 April 2015

Yeop..Damailah kau di sana

Tanggal 15.04.2015 adalah detik duka buat i dan family
abang sulung kita orang telah kembali kepada penciptanya

harini genap seminggu Arwah tiada

Kami semua merinduinya
biarpun arwah seorang yg agak garang
tapi di antara rakan2nya dialah sahabat terbaik mereka
berkawan tidak kira usia
dari bapa ke anak..dan ke cucu pun boleh menjadi kawan

Alfatihah buat arwah Ramli bin Harun
pergi pada usia 55 tahun
masih bujang

Isnin, 13 April 2015

decor keybox


decor la sangat..
konon nak buat decoupage la sangat

org nak buat decoupage mcm2 bahan
i just ada kertas tisu gam dan liquid clear sebagai sealer

hasilnya gini saja


tara....

v


v


v



v



v


v

 versi hitamputih


senget benget letak

Jumaat, 10 April 2015

magnetic whiteboard kat dapurku

hi...

er..dah cerita ke belum 
esbox i kan dah berbaju kuning
memang out dari warna yg i target kat dapur 
tapi dah rambang mata haritu
corak bunga halusmemang cantik tp color kuning yowww
kalo cream okla juga
takperla kang arjuna marah plak ..penat dia tampal

so bila dah berbalut cantik esbox tu
'takkan nak letak souvenier magnet kat situ
alternatifnya cari whiteboard magnetic


yg berat2 x mampu bertahan weh.. mesti kena letak kat esbox gak
nak buka kelas kat dapur pun boleh lepasni :) ngeeee

Rabu, 8 April 2015

Anda Semua Sihat?????

Kalau sihat Alhamdulillah

saya pun sihat juga
pejam celik pejam celik dah bulan 4
dah berGST kita

kan main lg kawan2 group wassap 
pompampompam pasal GST

eh..sebenarnya tak tau nak crita apani
kerja yang banyak langsung tak sempat menghadap rumah

projek sebelum raya
ada macam2 palan nak buat tapi tgkla mana yang mampu 
mampu dari segi kewangan, tenaga pun kena ambil kira juga

ok..bye...