nuffnang

Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU / HAPPY TEACHERS DAY


HI
Buat cikgu2 sekalian
selamat hari guru
tak kira guru semua orang adalah guru 
hatta mengajar blogging pun adalah cikgu



sehingga harini i still ingat guru2 yang mengajar i dari sekolah rendah hingga pengajian tinggi

buat cikgu Yusuf yang pernah menangis kerana kita orang ( nakal gamaknya)

Ustazah Halijah yang banyak membantu masa i darjah 3.
budi baik ustazah memang i kenang sepanjang hayat
i teringat lg sepasang baju kurung sekolah hasil dari jahitan ustazah untuk i 
siap bawa balik i ke rumah sewanya di pekan kerana nak ambil sukatan baju
itulah satu2nya rumah cikgu yang i pernah bermalam .

cikgu abdullah masa darjah 1.. kerana kegarangannya yang buatkan kita orang belajar bersungguh2
dulu kalau cikgu rotan takkan nak adu pada mak bapa pasal silap haribulan memang kena rotan lagi

cikgu rafi -cikgu yang sporting. malu i pasalnya .dia ingat rupa i  lg walaupun mengajar masa sekolah rendah
boleh cikgu tegur i dulu..hehehe..

dan banyak lagi cikgu2 yang lain

selamat hari guru cikgu

dan pagi tadi anak kata nak bagi hadiah kat cikgu aziemah katanya
pasalnya cikgu tu garang selalu rotan tangan dia ..punca kerja sekolah tak siap
hahahha..padan muka..buat la lagi kata ayahnya..
tapi bagus pun yang garang itulah yang dia ingat nak bagi hadiah..


Tiada ulasan :