nuffnang

Jumaat, 20 Jun 2014

Perempuan dan Bola


sapa perempuan suka tengok bola???
cer ngaku.
tengok cerita korea..hindustan...???
xkan takder kot..

i takder la suka tengok sangat
tapi kalau ada german lawan (time piala dunia jela)
i memang nak tengok
macam semalam
i tanya asben arini ada ke german lawan
jawapan asben adalah "takder"
england ada katanya ..dia nak tengok pukul 3 pagi 
tolong siap bekal air teh dalam flusk 
wah siap bagi arahan mandatori lagi
apa ke tidaknya bini awal2  angkat tangan 
nak tido lena malamni ..taknak rabak mata dah..

dalam  tak sampai sepuluh minit i tanya lagi
"german takder lawan ke harini?"
asben dah jeling semacam dan  terus sound..
"dah sound trouble ke...tadikan dah bagitau"
dapat sejibik ko...
hahahha padan muka tak alert masa asben cakap
dahtu malas la nak tengok schedule perlawanan
kat remote astro pun ada tapi i mana ada masa
balik kerja terus kedapur
itulah rutin wanita yang bekerja tanpa ada pembantu rumah
kadang2 rasa cam superwoman jer
tapi banyak rasa supermalassss jek..huh

masa minum petang tu i siapkan terus air teh dalam flusk 
flusk tu tahan lama dah 8 tahun masih tahan lebih 8 jam
alhamdulillah rezeki dapat flusk yang berfungsi begitu lama

oh.harini memang keletihan...
siapkan buku aturcara..letih sungguh
esok ada hari anugerah cemerlang
tapi esok tak terlibat just datang kerja untuk cuti berganti
kerja ikut budak2 sekolah macamnilah rupanya

i penyokong german tapi dapat bear Brazil (kot) piala dunia 2010
itupun hendak mak mertua bagi satu patungni..
tahunni celcom buat kax pula..
harap mertua ada beli lagi hahahahha..kaki rembat punyer orang

Tiada ulasan :