nuffnang

Jumaat, 30 Januari 2015

Bermulalah episod bercucuk tanam

Hi readers...
Bukan main kan i ni.. busy sangat
tapi sempat bercucuk tanam bagai...

haila...bercucuk tanam ni banyak arjuna yang buat,,,
yang mendatangkan hasil semua dia buat...
i ambil bahagian mewarnawarnikan rumah
apa lagi bunga la
nanti arjuna i kata...bukan dapat makan pun..
bunge2 yg i bwli nanti i post picture kemudian...
tak sempat nak upload
orang ada anak tambahan katakan...


pasu kesayangan i tu..dah tak terbela daunnya..
pokok kedondong yang arjuna beli
dulu jiran tanam pokok yg sama tapi mati
tokey bunga kata maybe sebab sarang semut  selain anai2 dalam tanah
maka kita beli penghapus dia dulu baru tanam
kita tgk hidup ke tak..


pokok kunyit dari rumah lama..
haritu cam dah nak mam...pushhh...
asalnya anak bebuluslah dok melepaskan hajat dalam pasutu..
dahtu bergumpal main dalamtu juga
ni bebudaktu dah balik kampung
tinggal mak dan anak sekor
maka sihat balik daun kunyit i....
tu pun arjuna dok memetir apa kepesen tanam ketepi.
hahahaha




ni pokok kari baru beli..
yang kat rumah lama dah mati
limau lak first time tanam...


okey itu je..sekian...bahahahahhaa

Khamis, 22 Januari 2015

tahun baruni memang busy

hi u alls
x sempat nak mencoret busy
busy sebagai pekerja
busy sebagai surirumah
anak dah bertambah katakan
hehehehe

ya kerja pejabat yang banyak 
yang buatkan i balik rumah keletihan

tapi masa antar anak ..hehehe anak saudara ke asrama
sempat singgah di nusery bunga
beli tanah..pokok limau..pokok kari..pokok buah longan
i plak sambar 1 bunga
yg hasil boleh makan tu sah2la pilihan asben i

atas pujuk rayu asben aka arjuna
cair hatini so i bayarkan semua barang2 dibeli
bali2 terus tanamla
kalau tak memang xkan bertanamnya bila dah start kerja
 i plak x sabar nak beli bunge gantung tu....

ada tiga kerja hardcore yang i kena buat..
rasa cam nak putus urat kentut 

belanja sekeping gambar


gigih cat papan tu jadi pink..
i nak bubuh pasu pink... tapi arjuna tak bagi..
tenggelam katanya
beartu anak teruna yang susun.. ayah dia dan ibu..aitt..katik benor bear ibu

Khamis, 15 Januari 2015

Pengalaman hantar anak ke asrama

bunyi mcm anak dah masuk asrama
walhal anak buah jer pun
bagi i cam dah biasa coz banyak anak2 sedara yg duduk asrama
masuk ke U pun ada.. ikut gi konvokesyen pun i dah lalui

semalam rabu  anak sedara belah asben dapat masuk asrama penuh di sekolah agama
kebetulan sekolahnya dekat juga dengan rumah i
ok la sekurangnya ada yg dekat ...buatnya jauh di hantar..mau maknya tak bagi pergi

yang bagusnya pengurusan sangat senang..tidak kalut
good job smka

lepasni hari minggu kena gi jenguk asramanya plak
sementara dia nak biasakan diri
esok dah besar2 dia pun xmau sgt org dtg kot...
biasala i dulu ..family x dtg..i x kisah sgt..sekali adik angkat asyik dtg..
malu nya pasal adik angkat i cam tom sikit....
nanti org ingat lelaki yg mai...x sedar diri i ni dulu i pun cam gitu gayanya
tp mujur cepat sedor diri



Isnin, 12 Januari 2015

Selamat belajar adik2


buat adik2 yang belajar termasuk anak i 

ya rasa lemau satu badan harini..
letih sangat kerja harini
biasalah hari pertama buka sekolah
walhal selama ni kerja juga.
cuma rileks sekali waktu cuti sekolah

sekolah pun dah berwajah baru..


Selasa, 6 Januari 2015

tak pandai nak mengubah bunga tapi hati nak buat juga....

hahhahah tajuk ayat tak bleh blah..
i tak pandai berpuitis ...
gitulah ayatnya
dan hakikatnya memang gitu la..
seronok tengok orang menghias rumah tapi rumh sendiri tak terhias
tak reti..kalo nampak cantik tu semua kerjaan Arjuna
dia terror la ..bini dia terror minta je..

baru2ni sempatla beli setangkai dua bunga plastik
pasu ajer dah lama beli ..itupun mertua tolong belikan
asal cari tak jumpa pun..teruk benor kata orang perak


arjuna kata x cukup merimbun bunga tu..
so tunggu gaji akan datang baru topup bunga purple


Isnin, 5 Januari 2015

Khabar duka di Tahun Baru....

Awal pagi 2 jan 2015
kalau dapat panggilan kakak yang sulung merangkap kakak no. 3
mesti hati tak senang nak menjawab
selalu agi2 kalau dah menelefon tu memang perkhabaran duka sahaja
sebenarnya kakak dah wassap sebelumtu tapi
dah tidur bunyi wasap mmg x ader
bila hp dah berdering terpaksa la angkat

jawab je salam terus kakak bagitahu opah meninggal dunia
Opah Sam kami panggil
walaupun arwah hanyalah opah saudara tetapi arwahlah yang menjaga arwah apak aku

arwah opah menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di kuala lumpur
jenazah dibawa balik ke kampung kami
selepas solat jumaat urusan pengkebumian
jenazah selamat sampai ke kampung dalam pukul 12.35 ptg
tak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir kerana i uzur
jenazah ditempatkan terus di masjid sebab itu tak dapat nak melihat buat kali terakhir
kubur arwah pun elok terletak sebelah kubur tok dan sama baris juga dengan kubur arwah apak aku dan pakcik saudara..

semoga arwah ditempat kan dikalangan orang yang beriman
usia arwah 9+.. i pun tak ingat 

Al fatihah untuk arwah