nuffnang

Khamis, 27 Mac 2014

Cerita pasal rumah

Memang menyakitkan
menyakitkan hati
Kalau kita dapat rumah yang tidak perlu buat aduan kerosakan 
tentu hati dah senang

ini pasal rumah i
Sangat kagum projek fasa 3 cepat siap
tidak macam satu lagi projek perumahan yang pernah asben and i cadang nak beli
projek rumahtu dah siap cukup2 masa
tapi CF tak dapat keluar lagi...
so dengan itu pemaju telah berjanji nak bagi pampasan kerana dah due dari tarikh perjanjian
okeyla sekurang2nya dapatla juga duit walaupun perit kot bg sesetengah orang
duit rumah dah kena bayar bagi loan goverment yg bank pun dah mula bayar penuh.
rumah sewa pun kena bayar ..pampasan bukan bg kejap2 itu.. mau makan masa juga..
HAZAB sikitla

aip..lari topik rumah plak
rumah i tu mmg kagum la cepatsiap..
patut awal 2014 tapi bulan 6 2013 dah siap..
bulan 8 dah kena potong gaji..

tapi malangnya ...
dalam banyak2  rumah , rumah i adalah salah satu rumah yg kena di perbaiki..
nasib/takdir gitu lah gamaknya
tapi tak kisah la masih ada jaminan 2 tahun

dari bulan 10 tahun 2013 buat aduan kerosakan
siap print gambar yg mana perlu diperbetulkan
adala datang buat tapi yg minor saja
yang besar tak buat lg

kita sabar la maybe xder stok tile 
tapi bila fasa 4 yg dalam pembinaan dah ada pasang tile 
aip..tentu stok dah aderkan..
so bulan 1 2014 i contact lagi sales person
pada masatu depa takder bg lg no phone bahagian kerosakan
apalg salesman yg jual rumah la kena perosah kata orang perak

boleh la salesman tu kata ada 100 lebih aduan yg dia orang kena handle 
dan bermakna lepas 100 lebih aduan baru nak layan aduan i dari bulan 10 tahun lepas!!!!!
tapi masa tu datang la juga pekerja subcon ni 
datang check lg..
then bila datang lagi tambah lagi aduan ..
bhahahaha
kan i ader tunjuk table top i yg runtuh dia punyer tiles..(huh..ayat)
nampak sangat kerja tak buat betul2

pastu adala 1 dua tiles kat lantai..bila pijak terasa ruang kosong
kalau terhentak benda keras kompom pecah tiles tu
sebab itu ada orang sebelum masuk rumah dia org akan ketuk sekeping2 tiles tu
macam asben kawan i dia check tile rumah 1 per 1 ..so hasilnya lebih berpuluh keping kena tukar baru
puncanya simen untuk lekat tiles tu tak rata.

so walaupun kagum rumah cepat siap tapi hasil kurang memuaskan buat apa
kerja ontime takper janji kemas ..sekarang siapa yg rugi???
pemaju la  juga dah keluar belanja untuk baik pulih..
i pun rugi asyik nak call suruh datang repair .hehehe
rugi duit rugi masa menunggu.. 
bila kata nak datang repair tak datang pun

boleh plak kata akak jangan la marah2
haip..sabar dah tinggal sekerat weh..
korang buat i tertunggu2..dan terbuang masa begitu saja..
takder nak pohon maaf.. cer call bagitau tak dapat datang
sekali buat mcmtu  okeyla ni berkali2 buat macamtu
ingat i penunggu gua ke!!!!
bila ditanya bg pula alasan ada projek kena urus kat daerah teluk intan
haish..lagi la angin.....
dah la pergi projek lain...dahtu tak nak maklum x dapat datang...
sebenarnya buat lagi i bertambah naik angin
sebelum dia bgtau ada projek laintu.. dia ada mesej 
pekerja subcon nak dtang rumah
pastu i jawab ok..then msg lg sekali bagitau dalam 5 minit ..asben onthe way td dia breakfast
boleh sales tu mesej
suruh asben akak cepat, subcon sebok dia org tiada masa nak tunggu pasal ader kerja lain.kalau dia org tengok takder orang dirumah dia orang balik

amboi...boi..boi..asam boi 
lima minit tak boleh nak tunggu

i yang satu hari dari pagi ke petang tunggu pada hari sabtu
boleh bersabar,, ini memang kurenggg...
- haritu i saja x nak call pekerja subcon  tu..nak tunggu ajer seperti yang dijanji-
maka janji tinggal janji la..

maka dgn nada angry bird i sound balik (dalam mesej jerla)
"asben akak on the way la.. takkan 5 minit tak boleh tunggu. sabtu haritu sepanjang hari  saya tunggu xper pula"

lepastu baru dia bgtau subcon dia org x cukup orang dan sabtu dan ahad lepas dia orang ade rojek di teluk intan.

terus i sound  balik
" itu saya x nak tau.u all punyer masalah. dah janji tapi tak datang. takder ke fikir rugi masa saya"

boleh dia mesej.. tak perlu marah kak. sekarangpun sub con tgh nak buat.dia minta maaf.

siapa tak marah...
sepanjang hari kita tunggu ..tak datang2 dan tak bagitau,   kita senyap je malas nak bising2.
then bila kita minta tunggu 5 minit ..boleh kata tak boleh nak tunggu2 suruh cepat sikit

siapa tak naik hangin kalau macamtu..
masa dia je penting masa kita terbuang takper..
terusla i ungkit.

terus i sound setepek dalam mesej..

malas i nak call2 ..main mesej je..
mesej ader bukti..kalau call takder bukti..

rezeki i x berapa elok walaupun projek rumah cepat siap tapi dapat pula rumah yang kena repair
ader je orang lain rumahnya elok 

anginsatubadanrasanya






Selasa, 25 Mac 2014

Takziah pada keluarga mangsa MH370


Al-fatihah untuk mangsa2 yang ber ugama Islam
andainya benar MH370 di dalam dasar lautan Hindi


La Tahzan..
dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali


decor : tempat letak mug dan tisu


sebenarnya mula2 lekat sticker dekat tempat mug inilah

cer tengok bekas berastu.. i memang berkenan warna h ijau dari merah tapi kalau nak buat tema dapur english macam larik je.. kalau bekas merah tu boleh letak sticker mcni kan... ader korang jumpa stiker bunga rose hijau tak?


tempat tisu ni yang no. 3..

yg terakhir kat periuk tu..

sebenarnya x cukup sticker bukan x cukup ..cukup sebenarnya kalau tak tampal kat periuk nasi.. kat periuk nasi tu tampal 3 yg meamng ngam2 utk rak 3 tingkat tu tapi fikirkan bahagiantu tertutup so abaikan dulu ..tapi bila tampal kat periuk pun x cukup 1 
rak tu buat sebelah ajer.. yg sebelah lg masih kosong lagipun terhadang dgn almari coklat tuh..
rasanya memang kena cari juga lg sticker ..andai kata posisi rakni berubah nanti... maunya nampak kosong ..kosong..kosong juga....

Isnin, 24 Mac 2014

decor: bekas tempat letak pisau berwajah baru.


takder mukadimah terus bergambar saja..

inipun dah lama togei... lagi lama dari rak 3 tingkat tu.. cat ni asalnya suami belikan untuk dia cat tempat letak kunci so bini diapun tumpang tui... kalau x kerana tempat kunci tu maknanya cat putihni x terbeli la hehehhe

nampak x lemari coklat tu..misi akan datang nak tukar kan warna lemari a.k.a gobok itu

dan inilah rupanya setelah di make up....

hahaha..kantoi sudah..bekas mug tu pun di cat dan di sticker juga..



nampak beza kan.. yg ni sticker penuh..yang atas ader banyak space kosong



yang ni macam rasa rugi pula.. terlalu penuh jadi macam x cantik 
selamatnya bila rak ni di letak yg depanni memang x nampakla
tiadala semak mata memandang


dan bile tengok kain bangku tu..dan2 rasanya nak cari kain baru untuk balut kerusi tu..
nak cekau duit kat mana pula.. 

decor: periuk nasi berwajah baru


inilah periuk nasi comel
memang sesuai untuk 3 beranak
dulu masa adik ipar duduk sekali pun cukup juga dgn periuk comel ini

tapi tengokla periuk ni 
dah comot..comot x dibersihkan...dasar ader M...
tapikan dah dibersihkan pun ada lg kekotoran degil..
so nak bagi berseri balik...
i pun gunala sticker yg berbaki

dan dah berubah menjadi macamni

tara....
see.. comot2 still ader tapi seri bunga membuatkan ader aku kesah dgn comot itu..



telinga kanan periuk bersticker...

tapi yang kiri kosong ler pula
takper adr modal cari lagi sticker yg sesuai .

eh.. pengeluar periuk jenama wina ni jgn ler plak saman i
i ubah corak ajer bagi segar mata memandang

so syarikat u nak keluar corak camni untuk keluaran akan datang bolehla buat 
ni orang2 yg minat english style mesti beli ..


Decor : dah berubah yang togei...

Haritu kan i ada tunjuk rak tiga layer yang dah di cat putih
jadinya baru2ni ada pergi mydin 
terjumpa la sticker yg berkenan
harituada cari kat happy home 
tapi dah habis stok ler plak
laris bak pisang goreng panas
happy home tak jauh dari rumah
tapi mydin memang jauhla

memang rezeki nak abiskan duit ..haha ayat x bleh blah..
dan harganya xderla mahal sangat 
dua jenis sticker dan setiap peket ada 5 pieces
 berharga rm 11.00 sahaja.

rasa cam murah ler tapi tak tau la korang punya rasa..
kalau kat happy home pula i tak ingat harganya

beginilah rupa setelah dilekat sticker.. tempat lubang skru tu saya tampal sticker kecil tapi terlupa nak ambil gambar selepas tampal...



blur pula gambar ni... ha..sticker kecil2 ni yg tampal kat skru tu..
ni bahagian atas sahaja yg buat ..dalam2 tak buat lg..rasanya macam tidak perlu kot
apa pendapat u alls?

rak lama mmg dah mengelupas janji nampak cantik

lepasni dapur penuh dengan bunga - bungaan


Khamis, 20 Mac 2014

spm 2013

berbunge2 hati second big boss
pasal salah sorang student adalah antara top ten di perak
siap wartawan berita harian buat temuramah lg..

hehhe i pun tumpang gembira
kat sini second big boss jadi pemangku boss la
boss dah pencen hehehehe..

happy ending kat ofis harini 

doorgift wedding

Musim cuti sekolah dah nak tiba
sure korang dapat banyak kartu
ceh kartu konon  ..kemainko
ala kad undangan aka jemputan walimatulurus ni
sejak jadi puan lg banyak la undangan macam2ni
lagipun lagi banyak kawan kita kenal lagi banyak undangan yg dapat.

bila pergi kenduri kahwin kan mesti dapat doorgift
x kira la jenis kenduri kecil ke besar ke
i xder kisah benda2 macamtu
mrahker mahal ker ..itu terpulang kepada tuan rumah
kadang2 x dapat pun ada..pun x kisah
tapi kalau mcm menarik mmg nak la juga
hahhaha..x boleh blah punyer perangai

sekarangni trend bagi kerepek ngan gula2
senang kot
 pastu ada bg balang2 comel
tu banyak bajet la tu


ha..dapat macamni kalau dah berhias bagai ..sayang nak buang perhiasannya
so rasa x sesuai la nak letak rempah ratus kan..
karang bila nak basuh2 susah pula

so balangni



i isikan dengan paper clip...


Selasa, 18 Mac 2014

Naluri kucing

Harini nak bercerita pasal haiwan berkaki empat dan berbulu
x lain x bukan kucing 
ini memang dah biasa dan suka ngan kucing  
dari kecil sampai la sekarang
mungkin pasal arwah bapa pun suka ..anak2 pun ikut suka
dapatlak suami pun suka juga
tapi suami pula macam pelik perangainya
kucing yang dia bela dia sukala
cer kucing lain datang terutama yg kaki gaduh (kucing jantan) 
mau dia marah..tp makanan kucing ade je kat luar rumah..
tumpangla makan pun kami tak kisah
tapi masa ada sekor kucing bunting datang rumah haritu 
tidak plak suami marah..
ibu mengandung katakan
tapi kucing tu tak datang dah sejak kita org ambil kucing yg kita orang bela
haritu tinggal kat rumah sewa lg. 
bila pindah rumah ..kita org memang berhajat bela bebas ..xnak letak kandang
dari ada 3 ekor ...tinggal ne sekor je.. yg dua cabut lari
bila duduk luarni ..macam2 penyakit yg datang..sakit mata la..
tu risau bunting pula
almaklumla ada sekor kucing jantan asyik bertandang ke rumah
kalau handsome x per juga..bhahahaha..

eh..dah melalut ni...
ni pasal naluri kucing
baik jantan mahupun betina

bila jantan teringat kan abam chevister
kalau lalu kat rumah sewa mesti dok usyar kawasan tu
mana tau terjumpa...nak angkut la balik

abam chevis ni memang kalau nampak i mesti mengeletis sikit
pantang i duduk.abis rambut digigitnya..
apa ingat i kucing betina ke..
macam2  lg kelakuan abam chevisni..

dan ini kisah Ne pula
sekarangni dia la queen kat rumah
pernahla masa bawa balik haritu 3 hari hilang dari rumah
first time kat tempat baru
bila terjumpa jer rumah kita orang terus tak merayau dah
tau takut agaknya

sekarangni kalau time kita org kerja 
memang biar kat luar
balik kerja memang muka dia depan pagar
jadi jaga la dia

si ne ni kucing betina 
baru2ni adala kelakuannya menjadi bahan lawak kita org
bila ada kucing ni semua pintu bilik tertutup..
minahni memang teruja la bila pintu bilik terbuka..
kalau orang buka pintu dia yg kalut nak masuk dulu
tapi kalau ada pintu bilik biar terbuka takder plak dia nak masuk bilik
pelik kan tang situ 

alkisahnya anak teruna  i tu masuk bilik tidur utama
dia nak ke bilik air
yg ne ni pun follow la
pintu bilik terbuka seronokla dia
tak sampai seminit
dia keluar sambil bawa seluar bola suami
gigit macam anjing yg suka gigit barang tu
seluar bola tu besar .. boleh plak dia gigit bawa keluar bilik
apa yg dia berkenan kat seluar tu
seluartu dah berpakai tapi suami biarkan atas katil
kucing betina katakan...

beginilah rupanya menanti depan bilik tidur..






Isnin, 17 Mac 2014

pandaiker membaca?


Entry bergambar sahaja

                                                             cepat ner...eja...



hari-hari saya makan ikan


aduii....letihnya  membaca

Alhamdulillah...hujan turun membasahi bumi



kat daerah i dudukni sejak petang semalam 
hujan turun termasuk petangni
walapun x lebat tapi syukurlah ..terhapus juga debu2 kotor tu..
almaklum dukduk bersempadan dgn negeri yg ada kebakaran terbukani
tempias mmg kena maka kualiti udara memang teruk

bila hujan trurun bertambah seronok pasal xderla mandi air panas je..
merasa sejuk air tangki..
dulu rumah sewa pasang heater bila nak mandi pagi 
sejuk sangat
kat rumah baru nak mandi pagi pun berpeluh balik lepas mandi..airnya panas..
tengahari pun takut nak mandi pasal umpama tak mandi pun
stail rumah yg duduk sekarang tangki air di luar rumah..atas dapur takder bumbung pun so hazab la 
rumahla tangk air atas syiling ader bumbung cover

asben ada cakap nak buat air paip terus untuk mandi dan segala jenis paip yg mengalirkan air..
dan bila takder air baru automatik pam dari tangki
tukang paip mestila tau job dia kan
kita pun iya jer kan..
tu la nama jek tukang paip
tapi rumah sendiri entah bilakan nak siap....
SABARLAH..
karang kalau asyik bertanya karang mau disuruhnya buat sendiri kan ke haru


Bila Mama pakai kain Batik..ulahoppp...aulahopp...

Gini kisahnya
I cadang nak gi buang sampah kat luar rumah..
masatu around 6.30 pm
bawalah sampah seciput tp kalau biar baunya memang semerbak
dahla kita org se family selalunya tidur di ruang tamu
dapur pula open
mau tidur malam bertemankan aroma yg enak
masa nak buka kunci pintu 
tiba2 anak teruna tak baligh tu dok tegur
"Pelikla tengok ibuni"
"Kenape??" 
kehairanan juga..
"tak pernah tengok ibu pakai macamni" sambung si anak lagi.

argh..malas nak layan teruskan misi membuang sampah

masuk2 dalam rumah kutip plak kain untuk di basuh..
tiba2 si teruna ni dok tercegat depan pintu bilik
"ibu tak payahla pakai macamni nampak pelik jer" 
kena tegur lg...
terkebil2 mata  i, tapi i buat tak layan

dalam pukul 7 pm tu asben balik
masuk2 rumah je
" eh.. kenapa petang ni lain macam"
asben pula berbunyi
i pun hairan terus menyampuk
" apa yang lain macam biasa la..xder gaduh2 pun"
bhahahaha target i ingatkan asben fikir i ngan anak bertekak
asben i tu stress bila tinggal bini dia ngan anak dia..
mesti nak bergaduh punya
sudah macam mak tiri dngan anak tiri...

 "ni mimpi apa berkain batikni..macam pelik ajer"
aankpun menyampuk" tu la ayah..didin dah cakap kat ibu tadi"

oooo..pasal kain batik rupernya
tadi anak menyoal ni bapa nya pula..

Salahkah daku berkain batik sekali sekala...

maka semalam adalah hari bersejarahla anak berank tu tengok i berkain batik..

dan tiba2 teringat masa muda belia..
masatu time kenduri kecil kat kampung..
balik kg. lupa nak bawa balik baju kurung..yg ader seluar 3 suku..
masatu i ni separa2 rupa..jantina jer perempuan tp perangai....biarlah rahsia..cett...ngaku jela tak minat berbaju kurung.
so kalau dah kenduri takkan nak berseluar 3 suku..
pakaila kain batik...konon nak sopan
so sekali kakak paling tua sound
"daripada ko pakai kain batikni aku rela tengok ko pakai seluar pendek tu"

agaknya memang hodoh ruper i pakai kain batik 
tp yg tukang sound tu pun x pandai pakai kain batik juga kehkeh...
tapi sekarang dia dah macam terror la pakai 



Dividen bank rakyat

Sapa yg ader saham ngan bank rakyat
bolehla check akaun masing2
dividen hasil tahun 2013 
rasanya ada yang dah masuk..
tak pasti la semua dah masuk ke belum
tapi yg pasti i dah dapat kot..
x banyak pun saham so dapatla secoit..


Jumaat, 14 Mac 2014

magnum gold yg sedappp



Pengaruh iklan memang hebatkan..
bukan kata budak..kita yg dewasani pun sama


senget2 budakni makan magnum gold.
ibunya tumpang sket jek


terbaeeeeek katanya..
terabak poket mak engko..

cerita semalam gi IJN
tak gi sekolah pun rm 15 dia pow dan dapat
opahnya bagi 4 ringgit untuk blanjer
duit opah bg simpan dulu
pastu suruh maknya blanjer aiskrim, chewing gum ngan buku cerita
lepas makan tgh hari mintak ayahnya topup 2 ringgit untuk beli lego campur duit opahnya bg..

dengan anak susah juga nak suruh berjimat..penat mentazkirah tak paham2 
kita tolong topupkan duit tabungnya ..duit tabung dikorek beli mainan..
sudahnya biar ajer tabung dia..
ader duit lebih bank in terus akaun dia .
demi masa dpan kan..kos kehidupan akan datang lg mencabar..

harapnya dah meningkat usia nanti fahamlah dia erti kesusahan untuk mendapat duit...




Rabu, 12 Mac 2014

tabiat ke habit

cerita malam tadi..
tersengguk-sengguk nak siapkan pelan tempat kerja
jenuhla mengedit
harini kiranya kena hantar juga
pasal esok nak cuti
jumaat boss nak bawa gi mengadap boss besar
lastly tertido
pagi2 dah bos bertanya pelan dah siap.
mujur akal boleh berfungsi last minit
scan jer pelan lama pastu edit tambah yang baru..
orang lukis pelan paling cikai guna autocad 
tp i scan je dan edit dgn paint
wakakaka..
marahla arkitek2 
janji cantik di mata boss sudah
lega kerja dah settled

dan tiba-tiba 
petangni lepas rehat
boss minta tolong buatkan 
pelan2 ikut bangunan(yg ni cantikla pasal guna autocad ..student practical yg buat)
tolong isi dlm format yg di bagi..
nak tolak sapa bleh buat lg..
boss...boss... format tu dah lama i bagi napa x bagi budak praktikal tu isi sekali masa buat pelan bangunan
kan dah jadi 2 kali kerja..

dan sempat siap dlm 15 keping ajer..bakitu pandai2 ler boss suruh orang lain ye..
teman nak bercuti ..ada urusan penting..
kalau x siap mau jumaat ni boss paksa i masuk kerja gamaknya
dia nak menghadap boss besar pada petang jumaat..
so pagi jumaat mau jadi lipas kudung nak edit balik kerja2 tu..

eh tp apa kaitan tabiat ke habit dlm ceritani..huhuhuh
sebenar nya  tiap kali ada kerja
last minit baru idea muncul
x suka macamtu 
buat letih..kalau idea mari awal tentu siap cepat
dah banyak kali dah perasan
dari zaman belajar macamtu

stress tau last minit kerja


Selasa, 11 Mac 2014

masih togei lagi

togei????
korang tau apa maksud togei
bukan taugeh ye maupun tauke rakan pak yus jambu tu..

ini togei
selalu org perak guna 
togei tu adik beradik kosong dalam bahasa lembutnya
bahasa kasar bogel ke bolen pun boleh..
eh yeke .konfius juga...hahahha
tapi bg i togei tu kosong la xder paperpun 
x maksud double meaning pun


inilah di maksudkan togei tu..
lemari putih yg di cat haritu masih lg
kosong belum di bubuh sticker...
cadang nak cari bunga ros 
tapi dlm hati nak cari bunga2 lain selain ros..
nafsu juga ni...
nafsu nak membeli membuak2 tp tukang bawa takder..
en. carpenter kat rumah ni busy.
dialah carpenter dialah..diktaktor haha dan merangkap driver binik dia..
malang sunguh dapat bini takut nak drive

rakni la letak jajan..
tapi jajan mcm dah abis je.. belum tgh bulan nih..
nak korek sen lagi ni



*matasakittengokyangmengelupastuh*

Kasih si Abang

ini kejadian di petang jumaat..
i balik kerja tertidur kejapan di ruang tamu
amat letih ..maklumla bulan mengambang
asben pun layan tv sekejap..
tiba2 asben kejut..

cuba tengok anak kita tu..
tengok2 anak dah tertidur dgn kucing nya
hendak pula si ne (nama kucing) tu kena peluk
ne ni manja belai2 gitu ajer..kalau peluk jgn harapla
rimas agaknya..



teringat dulu2 didin dgn chevis..chevis mmg suka dipeluk..  mmg tidur dilengan lg..tp budak ne spesis x suka dipeluk2..
tapi gambar ni x sangka pula bolehplak mcmni..

kulit jambu..

Masa  : Petang semalam
lokasi  : ruang tamu rumah
pelaku : anak beranak

Alkisahnya i ni suka compare tangan ngan asben
sambil menyulam  tangan asben sambiltu cakap
makin gelap tangan u ni..ke tangan i makin cerah..
dan tetiba ada satu tangan kecil menyelit
(hehehe siteruna  tu memang menjelez saja kerjanya)
dan asben tu terus cakap
'tangan ayah hitam..tangan kamu tak sama ngan ayah..ni bukan anak ayahni..'
dan i pun menyampuk..
'tangan ibu putih ..tangan kamu pun x sama tangan ibu ..pun bukan anak ibuni...'
dan si anak pun menyampuk...
"apa pula.. tangan ayah hitam..tangan ibu putih ..tangan didin jambu ler"
dan terus terburai ketawa kami laki bini..
adeke color orang color jambu weh...
hilang terus kisah nak bagi dia sentap kononnya..

logik ke?
putih +hitam : jambu

selalunya
cina + india : dapat anak muka cam melayu

tapikan selalunya

kalau i suka compare camtu asben selalu sentap
mesti dia cakap : "apa dah tak suka orang kulit itam dah..
kalau x suka ..ling  boleh cari orang yang suka kulit itam.." 
amboi ling suker ambil kesempatan ye..
kalau i tak suka ..i x kahwin ngan u tau....
banyak je kawan2 lelaki i dulu yg cerah2 siap mcm jepun pun ader..
dan  member sekampung dia yg putih melepaktu yg i reject juga.
tapikan nampak ketara la..
dah sepuluh tahun kahwinni tak pernah dia bertanya kawannya yang sorangtu
yang lain2tu ada dia bertanya khabar...ada juga mereka ber fb..
xkan  nak sentap kot.. patutnya kawan diatu yg sentap 
yela..penat dia nak menackle orang lain yg dapat hahaha..
kiranya jadi isu la juga...]tp bila teringatkan ksah muda2 kelakar pun ada
cinta 4 segi lagitu..
si A suka B tapi si B suka si C dan ada si D dan si E yg suka si B .
.
si B ingat si C dah x nak so si C teruslah terima si E punya proposal..
si A dan si D kira reject.. 

tiba-tiba si C marah-marah napa x sabar2 katanya. 
masatu dah sayang si E pun jadinya takdala nak curang balik kat org lain..
setia la tu. 
Alhamdulillah moga Allah pelihara hubungan si B dan E  selamanya hingga akhir hayat.
si C pun dah bahagia ngan kawan si B ..
pasal dah tolak si C ni terpaksa la rekomen kan kawan..
calon pertama rekomen si C reject dan kedua tu baru dia nak..

er...si A B C D E...
siapa ye..???????????










pray 4 MH370

sama2 kita berdoa
moga penumpang dan anak2 kapal dlm keadaan sejahtera..


Rabu, 5 Mac 2014

Rindu dekat si dia.......

Abam chevis....
ibu harap abam chevis sihat2 hendaknya
kalau ibu lalu kat rumah lama kita ..ibu harap ibu terjumpa kamu disana
harapnya kamu ada di rumah jiran yg selalu jadi port lepak kamu menackle anak dara tuan rumahtu..
ibu rasa terlalu rindu dengan kamu.
kamu sekor je yang larat melayan kerenah abang didin
yg sanggup jadi mangsa buli..yang selalu jadi mangsa gomolan..
tapi kamu memang suka dipelukkan..
ibu tau kamu suka tidur dilengan ibu..
suka sangat gigit kaki ibu... suka gigit rambut ibu
walaupun kamu dah tua dahtak hensem tapi kamu tetap jadi anak manjer ibu...
biler kamu balik ngan kaki penuh tanah merah
mula la ibu membebel kat kamu
" ni kerja lebih2ni napa..tak cukup pekerja ke kat tapak pembinaan"
terkebil2 kamu mendengar ibu membebel... 

muke kamu yang pasrah melayan abang didin


 kamu yang suke menyibuk time ibu buka laptop...

 kamu yang suke menyelit tido di tepi orang



 kamu juga suka tido dgn takluk semua tempat..sampai org lain duduk bawah


 kamupun jadi kemanjaan ayah...


 kamulah abang yang rajin melayan adik2 dan anak2 buah...


 tak kisah dibuli dgn duduk dalam kotak kecil pun...

 kadang2 ibu rasa nak gigit je hidung kamu bila kamu buat muka toye



 kenangan kamu dengan adik kamu yg juga dah kembali kepada pencipta..


memang hobi kamu suka menempel dekat orang

memang ibu, ayah dan abang didin sentiasa ingatkan kamu....


Selasa, 4 Mac 2014

Ada udang di sebalik batu

beli jajan untuk anak..dia suka keropok potato tu..
yg coklat tu utk ibunya..

beli dua untuk anak dan 4 untuk ibu..
erk... apa maksudnya..

maksudnya sedap sungguh apolllo bubbles tu...
saiz dahla besar boleh beli 4 lgtu..
tamak nya kan...

sebenar bukan tamak..
karang kalo beli 2 saja
ntah2 anak nak..
dah x cukup.. perut i tank motorbike tau bukan honda cup 60cc
perut anak mmg size honda cup 60cc tp telah upgrade perutnya.. 150cc..

Kita Redha dengan Ketentuannya tapi hanya redha tanpa usaha pun tidak berguna..

mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan..
biarpun dlm kepayahan tp masih ada setitis sinar yg diberi..
dalam syukur nikmat jgn sampai jadi kufur nikmat


mode: dlm hati takder taman tp penuh dengan limpahan hujan..
ini musim kemarau tp hati sudah lembap.. biar lembap jgn sampai hati kering..


nota: marilah sama2 kita berdoa semoga hujan akan sentiasa turun membasahi muka bumi milik Allah yang maha esa.


Isnin, 3 Mac 2014

monday blues..

yeay...
berjaya menghabiskan masa kerja di hari isnin..
orang kata apa "monday blues"
i pun salah sorang yg ader simptom monday blues..
dulu la..acapkali hari isnin jer dalam otak rasa nak cuti aja..
sebabtu cuti selalu  tidak mencukupi

tapi sekarangni xla macamtu
lagipun rasa nak simpan cuti banyak2..
bila habis kerja dan berpencen nanti dapat ganjaran yg banyak..
itu pun kalau umur panjang ... amin..
bukan apa...baru jer tadi terbaca status jiran kat fesbuk..
sepupu dia meninggal akibat jangkitan kuman..
jiran tu muda banyak tahun dari saya.. sepupunya sebaya dia..
anak2 masih kecil...alfatihah untuk arwah yg pernah menjadi anak murid i sekejap
ajar dia org cara tengok jam ngan membaca.dan .matematik..
jirantu dah jadi cikgupun.. tp arwah surirumah je kot.



decor: Switch jenama Simon rupanya..

maafkan daku...
wahai pembaca..
silap info ..hehehe
rupa2nya jenama simon switch yang rumah kita org guna

macamni rupanya


yangni macam mahalkan..sebab dia combine dua warna..
tapi kat kedai yang kita org beli tu ..walaupun combine dua warna tapi rasanya x semahal hargani...
yangni combine silver and white.
yang rumah kita org tu silver ajer..
asben ada cadang nak beli yg putih ajer..pastu tukar cover antara dua warnani..
lebih murah kosnya...
itupun kalau de modal..
benda macamni boleh beli sikit2 untuk mencantikkan rumah..